Selepas pelancaran 3 model SUV, model seterusnya yang akan “dilencana” semula oleh Proton adalah sebuah sedan. Proton secara rasmi belum memberi nama kepada model tersebut tetapi umumnya ia dikenali sebagai Proton S50 di mana model tersebut sudah diintip berlegar-legar di atas jalan raya Malaysia untuk jangka masa yang agak panjang ketika ini.
Namun, satu soalan penting yang masih memikat fikiran ramai pembaca adalah berkenaan dengan segmen Proton S50.
Walaupun dimensi Proton S50 belum didedahkan, kita boleh merujuk kepada dimensi Geely Emgrand yang merupakan model asal.
Menurut Geely, Emgrand memiliki panjang 4,638 mm, lebar 1,820 mm, dan tinggi 1,460 mm. Sedan ini mempunyai jarak roda sepanjang 2,650 mm. Sebagai perbandingan, berikut adalah dimensi Proton S50 dengan beberapa model ruji segmen di Malaysia.
Perbandingan Dimensi Proton S50 | |||
---|---|---|---|
Model | Emgrand | City | Corolla Altis |
Panjang (mm) | 4,638 | 4,553 | 4,630 |
Lebar (mm) | 1,820 | 1,748 | 1,780 |
Tinggi (mm) | 1,460 | 1,467 | 1,435 |
Jarak Roda (mm) | 2,650 | 2,600 | 2,700 |
Berdasarkan dimensi, Geely Emgrand lebih panjang dan lebih lebar daripada Proton Persona segmen B dan Proton Preve segmen C yang telah dihentikan pengeluarannya.
Namun, adakah ini bermakna Proton S50 akan datang adalah sebuah sedan segmen C? Ya dan tidak.
Di China, walaupun mempunyai dimensi tersebut, Geely Emgrand tidak dianggap sebagai pesaing bagi Honda Civic atau Toyota Corolla Altis kerana model tersebut dibangunkan berorientasikan bajet. Sebaliknya, Emgrand bersaing dengan sedan China lain seperti MG 5 dan Chery Arrizo – model yang terletak di antara segmen B dan C tradisional.
Malah, nama yang dijangkakan bagi model tersebut, “S50”, mungkin mengisyaratkan kedudukan model tersebut dalam segmen B, seperti nama-nama dalam siri X yang digunakan untuk SUV.
Secara ringkasnya, Proton S50 bukan sebuah sedan segmen C sepenuhnya tetapi sangat hampir dengan segmen tersebut.
Baca: Potensi MG 5 sebenar – lebih berkuasa dari Honda Civic, hanya 3/4 harga Civic!
Walaupun Proton belum mengumumkan harga Proton S50, jangkaan harga bagi model tersebut akan sama (atau lebih tinggi) daripada Preve yang telah dihentikan pengeluarannya, iaitu sekitar RM 80,000 hingga RM 90,000. Harga S50 hampir pasti akan berada di bawah X50 kerana biasanya sedan berharga lebih rendah daripada SUV yang setara, sekurang-kurangnya di Malaysia.
Selain itu, Proton S50 mungkin lebih panjang dan lebih lebar daripada City tetapi tidak menyaingi dimensi Corolla Altis.
Jadi, apabila bercakap mengenai S50 sebagai kereta segmen B atau C, kami cenderung untuk menyebutnya sebagai kereta segmen-C.
Tambahan pula, sekarang dah tahun 2023 dan garis pemisah antara segmen kenderaan tradisional telah kabur kerana pengeluar kini mempunyai banyak model derivatif untuk mengisi kekosongan antara segmen kenderaan tradisional.
Selain itu, pembeli tidak peduli dalam segmen apa kereta itu berada tetapi hanya harga dan nilai kereta tersebut yang penting bagi mereka.
Source: Meneroka segmen Proton S50; bakal bersaing dengan sedan bersaiz City atau Corolla Altis?