Mencetak kad lesen memandu, JPJ selama ini rugi RM14 juta. Nasib baik dah ubah ke sistem digital?

Kalau anda nak tahu, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2 baru-baru ini memberitahu bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ mengalami kerugian sehingga RM 14.38 juta dalam perkhidmatan mencetak kad Lesen Memandu Malaysia (LLM).

Ulas LKAN, “Sebanyak 1.83 juta keping kad LLM yang tidak berguna adalah bernilai RM 14.23 juta. Malah, penalti yang tidak dikenakan terhadap pelanggan dibawah perihat Service Level Agreement (SLA) pula bernilai RM 149,178”.

Kredit foto: MyCheck Malaysia.

Disebabkan itu, pihak audit telah mengemukakan beberapa cadangan bagi mengatasi kelemahan yang berlaku. Antaranya seperti memantau penggunaan stok kad yang dibuat supaya tidak membazir. Malah, penalti atau denda akan dikenakan sekiranya pihak didapati gagal mematuhi peraturan SLA.

Apapun, tindakan segera akan diambil terus sekiranya terdapat masalah yang bangkit dalam urusan perkhidmatan tersebut.

Jadi dengan adanya isu pembaziran sebegini, nasib baiklah Kementerian Pengangkutan telah menukar sistem kad fizikal kepada sistem digital yang mana pengguna boleh tunjuk lesen memandu terus dari aplikasi My JPJ.

Juga baca: Tak perlu lekat cukai jalan, lesen memandu juga boleh tunjuk dari app MyJPJ sahaja

Source: Mencetak kad lesen memandu, JPJ selama ini rugi RM14 juta. Nasib baik dah ubah ke sistem digital?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *