Memohon pinjaman untuk kereta terpakai? Ini apa yang perlu anda tahu mengenai kadar faedah dan tempoh!

Memohon pinjaman untuk kereta terpakai? Ini apa yang perlu anda tahu mengenai kadar faedah dan tempoh!

Pembelian kereta terpakai membolehkan pembeli mendapatkan kenderaan yang masih dalam keadaan baik pada harga yang lebih rendah berbanding membeli kereta baru.

Selain tawaran yang baik, pembeli kereta terpakai juga menikmati susut harga yang memihak kepada mereka kerana kenderaan biasanya susut nilai paling banyak dalam tempoh tiga tahun pertama selepas keluar dari pintu bilik pameran.

Walau bagaimanapun, kontra kepada kelebihan tersebut adalah kadar faedah dan had pembiayaan yang lebih tinggi. Oleh itu, walaupun ia mungkin lebih murah, anda juga berkemungkinan membayar lebih banyak faedah atau membayaran pendahuluan yang lebih tinggi untuk kereta terpakai yang lebih berumur.

Jadi yang mana sebenarnya lebih baik? Untuk menjawab pertanyaan tersebut, kami hadir dengan panduan ringkas mengenai 3 faktor penting berkaitan pembiayaan kenderaan terpakai.

Margin pembiayaan

Katakan anda berminat pada sebuah Perodua Myvi terpakai berusia 5 tahun bernilai RM 40k. Margin maksimum pembiayaan anda adalah 90 peratus daripada jumlah nilai kenderaan tersebut.

Dalam kes ini, bank biasanya akan memberikan pinjaman sebanyak RM 36k (90 peratus), dan RM 4k lagi (10 peratus) anda perlu bayar sebagai pendahuluan.

Kebanyakan institusi kewangan akan menawarkan pembiayaan maksimum sehingga 90 peratus, untuk kenderaan popular di bawah umur 9 tahun (dari tarikh pembuatan). Dalam kebanyakan kes, jumlah pinjaman minimum ialah RM 20k.

Walau bagaimanapun, margin pembiayaan juga boleh bergantung kepada jenis dan umur kenderaan, dan ini mungkin berbeza dari bank ke bank. Model kenderaan tertentu – biasanya kereta mewah dan berprestasi – tidak layak mendapat margin pembiayaan 90 peratus walaupun lebih baharu daripada kereta lain.

Contoh yang baik, Toyota 86 yang berusia 5 tahun akan bergelut untuk mendapatkan pembiayaan 80 peratus, manakala Honda City yang berusia 7 tahun masih akan mendapat pembiayaan 90 peratus tanpa sebarang kesukaran.

Baca: Cara kiraan pinjaman kereta di Malaysia tidak adil, gesaan mansuh “Rule of 78” kini bermula!

Tempoh pinjaman

Tempoh pinjaman hanya menentukan berapa lama masa yang anda akan ambil untuk membayar balik hutang pinjaman sewa beli anda. Semakin lama tempoh tersebut, semakin rendah bayaran bulanan. Namun, anda akan membayar lebih banyak faedah sepanjang tempoh pinjaman sebagai kesannya.

Berikut adalah beberapa nota berguna mengenai tempoh pinjaman sewa beli:

  • Tempoh pinjaman minimum: 3 tahun (36 bulan)
  • Maksimum: 9 tahun (108 bulan); tertakluk kepada:
    • Umur persaraan peminjam; dan
    • Maksimum 12 hingga 15 tahun umur kenderaan (dari tahun pembuatan) pada akhir tempoh pinjaman, bergantung kepada bank / institusi pinjaman

Oleh itu, jika anda merancang untuk mengambil pinjaman 9 tahun pada kenderaan terpakai, kenderaan itu mestilah berumur kurang dari 6 tahun (sekurang-kurangnya) ketika anda membelinya.

Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa tidak semua bank menawarkan pinjaman sewa beli 9 tahun sehingga umur kenderaan maksimum 15 tahun. Contoh yang terkenal adalah daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) tetapi ini berbeza dari bank ke bank.

Sesetengah bank konvensional hanya membenarkan sehingga jumlah umur kenderaan 12 tahun, manakala syarikat kewangan kredit mungkin membenarkan sehingga 16 tahun tetapi pada kadar faedah yang lebih tinggi.

Kadar Faedah

Kadar faedah untuk pinjaman kereta terpakai biasanya lebih tinggi daripada pinjaman kereta baharu. Ia juga ditawarkan pada kadar faedah tetap atau berubah-ubah sama seperti kereta baharu.

Kebanyakan kadar faedah kereta baharu biasanya pada model kereta popular biasanya berkisar antara 2.8 3.8 peratus setahun.

Kadar faedah untuk kenderaan terpakai biasanya menambah sekitar 0.5 hingga 1 peratus setahun maka dengan itu bayaran adalah sehingga 4.0 – 4.5 peratus dalam kebanyakan kes.

Oleh itu, walaupun anda mungkin membeli kereta pada harga yang lebih rendah, anda juga membayar lebih faedah sepanjang tempoh pinjaman, seperti yang ditunjukkan di bawah:

Kadar pembayaran faedah kereta baharu vs terpakai
  Kereta Baru Kereta Terpakai
Harga kereta (RM) 55,000 40,000
Bayaran muka(RM) 5,500 4,000
Jumlah Pinjaman (RM) 49,500 36,000
Kadar Faedah (&) 3.2 4.4
Tempoh Pembiayaan 7 tahun (84 bulan)
Bulanan (RM) 721.29 560.57
Jumlah Faedah (RM) 11,088 11,088
Jumlah Pembayaran (RM) 60,588 47,088

Dengan itu, jika anda sedang mempertimbangkan kereta terpakai, adalah penting untuk menetapkan bajet yang betul dengan mengambil kira lebih daripada sekadar bayaran bulanan tetapi juga umur, kadar faedah dan tempoh pinjaman maksimum sebelum menilai kereta yang sesuai untuk anda.

Pembeli perlu melihat di luar harga jualan dan juga mempertimbangkan faktor-faktor lain yang akan mempengaruhi proses pembelian dan akhirnya, menentukan berapa banyak yang anda belanjakan sepanjang keseluruhan pemilikan.

Untuk pengalaman membeli kereta terpakai yang lebih telus, mudah dan tanpa sebarang kebimbangan, apa kata layari Carsome?

Semua kenderaan terpakai di Carsome diperiksa dengan teliti dan ditawarkan dengan waranti 1 tahun, jaminan wang dikembalikan 5 hari dan pakej pembiayaan yang kompetitif untuk memenuhi bajet anda.

Pastikan anda menyemak tawaran hebat ini atau muat turun Carsome di Apple App Store atau Google Play Store untuk mula meninjau.

Baca: Panduan: Kereta terpakai bawah RM 30k, ramai yang lupa aspek ini. Ia bukan sekadar harga!

Source: Memohon pinjaman untuk kereta terpakai? Ini apa yang perlu anda tahu mengenai kadar faedah dan tempoh!

SHARE NOW

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *