TC Subaru Sdn Bhd sebentar tadi baru sahaja melancarkan Subaru Forester 2023 facelift. SUV segmen C ini ditawarkan melalui 4 varian dengan harga seperti di bawah:
- 2.0 i-L Eyesight –
RM 173,500 - 2.0 i-L Eyesight GT Lite –
RM 179,500 - 2.0 i-S Eyesight –
RM 183,500 - 2.0 i-S Eyesight GT Edition –
RM 195,500
*Harga di atas jalan, CBU Thailand, tanpa insurans
Pada bahagian luar, Forester facelift tampil dengan fascia baru yang terdiri daripada bampar lebih moden, gril yang lebih agresif dan lampu LED depan yang lebih tirus. Sentuhan baru juga beransur pada bahagian belakang yang mana reka bentuk bampar atau diffusernya menerima sedikit pembaharuan.
Melengkapi kemaskini pada eksterior Forester facelift adalah skirting tepi yang lebih minimalis dan rim dwi-tona 18 inci 5 bilah yang lebih ranggi. Apapun, ini untuk varian i-S sahaja. Varian i-L beransur dengan rim 17 inci.
Masuk ke bahagian dalam, Forester facelift tampil berbeza dengan ciri tempat duduk kulit bercorak quilted. Tetapi selain daripada itu, ia kekal sama seperti sebelum ini yang mana bahagian kabinnya didominasikan oleh infotainment 8 inci, kamera 360-darjah dan pelaras tempat duduk depan jenis berkuasa.
Dari segi trenkuasa juga, ia kekal dengan enjin 2.0L NA 4-silinder flat yang menghasilkan 156 PS dan 196 Nm tork. Kuasa dihantar ke semua roda (Subaru’s Symmetrical AWD System) melalui transmisi Lineartronic CVT.
Bercakap mengenai teknikal, suspensi pada Forester kali ini dinaik taraf untuk memberi pemanduan yang lebih selesa beserta pengendalian yang lebih mantap.
Juga baca: Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’
Dalam aspek keselamatan pula, Subaru Forester facelift mendatangkan ciri ADAS Eyesight 4.0 yang mana ia menggunakan set kamera baru. Antara ciri yang ada merangkumi:
- Autonomous Emergency Steering
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Lane Departure Warning
- Lane Departure Prevention
- Pre-Collision Braking
- Subaru Rear Vehicle Detection (SRVD)
- High Beam Assist (HBA)
Juga baca: Rebiu: Subaru Forester 2.0i-S ES, kualiti yang sukar digambarkan?
Secara amnya, setiap pembelian lengkap dengan jaminan waranti 5 tahun atau 100,000 km.
Source: Malaysia lancar Subaru Forester 2023 facelift – dari RM 173.5k, gaya moden, ADAS Eyesight 4.0!