Bila sebut saja Afghanistan, pasti ramai yang ingat akan perang. Dari zaman Soviet pada 1980an, Amerika Syarikat pada 2000an, sehinggalah ke pemberontakan Taliban; negara Islam ini berdepan pelbagai kegusaran dan pertumpahan darah berdekad lamanya.
Jika ada satu perkara yang kita boleh anggap normal dan menenangkan tanpa bicara tentang perang dan pemberontakan, ia pastinya cinta mereka terhadap Toyota Corolla. Kereta marhaen Jepun yang dahulunya kereta terlaris di dunia kini sudah dianggap berstatus ‘king of the road, di Afghanistan – lebih kurang seperti Myvi di Malaysia.
Sejak perang Afghan-Soviet berakhir pada penghujung 1980an, Toyota Corolla yang mungkin dianggap tidak glamor di negara lain telah menjadi kereta paling popular di Afghanistan. Agak menarik jika difikirkan kereta biasa seperti Corolla boleh menjadi kereta kesayangan orang ramai di negara yang bergunung-ganang seperti Afghanistan.
Menurut media sosial, pasaran kereta terpakai di Afghanistan sememangnya rancak. Ramai orang gemar pergi ke kawasan luar bandar berhampiran Kabul untuk membeli kereta terpakai murah. Toyota Corolla buatan Jepun ialah salah satu kereta paling laku yang boleh dibeli semurah $3000-$4000.
Menurut temu bual bersama orang tempatan di sana, Corolla diminati warga Afghan kerana ia tahan lama, bekalan alat ganti yang banyak, dan harganya yang murah. Afghanistan tiada pengedar rasmi Toyota, oleh itu banyak model lama Corolla dan Hilux, Land Cruiser, dan model-model Toyota lain dibawa masuk oleh penjual kereta import terpakai.
Other Post You May Be Interested In
- Aviator Game Online > Play and Win Real Money
- North Carolina Corn Mazes: Perfect Fall Fun for the Family
- Типы мобильных приложений
- Advertising Through Seo – Rising Over The Ranks
- Популяризация интернет-площадки статьями
- Lumina Grand Showflat Tour: Discover What Luxury Really Means
- How to Secure Your Spot in Singapore’s Most Coveted EC: Lumina Grand
- Troubleshooting QuickBooks Error Code H505 Resolving Multi-User Hosting Issues
- Ktobrasil.com Stats: These Numbers Are Actual
- The Matrix Revolutions Movie Review
- Happy Birthday Shayari: Rhyme Your Way to a Happy Birthday Bash!
- Trump being the GOP nominee is bad. But there is a huge silver lining.
- Poductos para asegurarse
- Trump’s Biggest Problem Comes Down To One Word
- The Ultimate Guide to Buying Bed Sheets Online
- Gurgaon’s Newest Commercial Hotspot – Elan Mark
- Крышки горловины емкостей оснащаются герметизирующими прокладками
- Continental ComfortContact 7, lihat betapa senyapnya tayar ini – hadir dengan saiz 13 – 16 inci
- May hybrid! Toyota Philippines dealers accepting ₱30K reservation fee for all-new Innova
- RM 1.7 bilion diluluskan untuk lebarkan lorong Lebuhraya Karak – projek mula Jun 2023, dijangka siap 2027
- BMW Group Malaysia celebrates stellar dealership achievements at Dealer Awards Night 2023
- Vespa GTS 300 (2023) debut pasaran Malaysia, 2 varian teratas, harga mula RM 32.9k!
- GWM failkan aduan rasmi, tuduh BYD palsukan ujian standard pelepasan karbon di China!
- Celebrating 8 generations of the BMW 5 Series – E12 to G60, which is your favourite?
- 测试数据再次伪造!? Daihatsu Rocky Hybrid / Toyota Raize Hybrid 暂停交车
- Lexus Klang 新展厅开张,如今全马共有九家 Lexus 展厅!
- What hybrid models qualify for coding exemptions according to EVIDA law?
- SPEC SHOWDOWN: GAC EMKOO vs. Changan Uni-T
- Haval H6 masih C-SUV terlaris di Thailand suku pertama 2023, Honda CR-V generasi baharu mula memintas!
- Available in 13-16 inch sizes, watch just how quiet the new Continental ComfortContact 7 really is
- A game changer: Future Ford EVs to utilize Tesla supercharging stations in the US and Canada
- Greasy mechanics are the past, BMW Malaysia is now training EV experts – training centre first of its kind outside Germany
Juga baca: Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia!
Walaupun Afghanistan ialah negara berpemanduan sebelah kiri (LHD), segelintir unit Corolla dibawa masuk daripada Jepun atau negara-negara berpemanduan sebelah kanan (RHD). Kebanyakan pembeli tak kisah walaupun stereng kereta di posisi yang salah kerana mereka menggunakan kereta berkenaan untuk membawa macam-macam benda selain daripada penumpang, termasuklah haiwan ternakan.
Walaupun tiada data rasmi untuk jualan kereta, berdasarkan pemerhatian oleh warga tempatan dan beberapa data bebas, Corolla dijangka merangkumi sekitar 80 peratus daripada keseluruhan kereta berdaftar di negara itu. Ia seringkali dilihat sebagai teksi berwarna putih dan kuning. Disebabkan ia tidak begitu menonjol kerana Corolla banyak dilihat di jalanan, malangnya ia juga kereta pilihan untuk pengebom.
Juga baca: Sebenarnya, Ford Ranger adalah pilihan trak pikap Taliban, bukan Toyota Hilux!
Tambahan pula, Corolla teramatlah lazim di Afghanistan sehinggakan apabila pemerintahan Taliban mengambil keputusan untuk mengeluarkan ‘supercar’ buatan tempatannya yang pertama, mereka memilih enjin Corolla untuk menggerakkannya. Lihat saja Mada-9 yang mungkin nampak seperti Batmobile dari luar, namun ia mungkin jauh ketinggalan dalam ‘drag race’ jika dilumba dengan ‘supercar’ lain dari Timur Tengah seperti Lykan Hypersport.
Apa-apa pun, hubungan antara warga Afghan dan Corolla lama cukup akrab sejak dulu. ‘Car meet’ di Kabul mungkin hanya dipenuhi Corolla namun alangkah menariknya jika kita dapat mendengar sendiri kisah-kisah menarik daripada pemiliknya di sana dan bagaimana mereka hidup di tanah air yang berdepan begitu banyak onak dan duri selama ini.
Source: Malaysia ada Myvi, Afghanistan pula suka betul dengan Toyota Corolla lama. Kenapa, ya?