Lagi jenama EV dua roda bakal terjah pasaran Malaysia, kerjasama Superlux, SarkCyber!

Lagi jenama EV dua roda bakal terjah pasaran Malaysia, kerjasama Superlux, SarkCyber!

Segmen motosikal/skuter elektrik (EV dua roda) tempatan bakal memperoleh satu lagi ‘pemain’ rasmi menerusi kehadiran jenama Superlux (Superlux Auto Sdn Bhd), tak lama lagi.

Seperti biasa, Superlux tidak ‘berseorangan’ dan menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengeluar EV dua roda berpangkalan di Shanghai, China, SarkCyber Innovation.

Membuat penampilan ketika Malaysia Autoshow 2023 yang melabuhkan tirainya minggu lalu, pelbagai model dipemarkan oleh Superlux termasuklah dalam segmen ‘high end’.

Tak cukup sekadar pameran, Superlux turut mengadakan sesi tunggang uji untuk beberapa modelnya yang dibariskan untuk memasuki pasaran tempatan.

Di pentas pameran, antara yang ditayangkan dan menjadi tumpuan adalah model aras tinggi, HC10 yang rekaanya mirip Honda ADV 350. Turut menjadi perhatian adalah model HC200 dan eB1 yang menjadi model aras mula jenama itu.

Sekalipun beberapa perincian termasuk kapasiti bateri, kuasa, jarak tunggangan model-model yang ditayang disediakan oleh Superlux ketika pameran, syarikat itu mengesahkan ia masih belum rasmi.

Memetik laporan BHarian, model-model keluaran jenama itu akan dipasang di kilang milik anak syarikat induknya, Elitesoft Capital Bhd iaitu Roda Prestasi Sdn Bhd di Sungai Petani, Kedah.

Seperti beberapa ‘pemain’ EV dua roda lain, Superlux juga sedang merancang sistem pengecasan tersendiri termasuk stesen penukaran bateri yang dijangka dengan kerjasama syarikat petroleum (stesen minyak).

Berdasarkan maklumat diperoleh Wapcar, salah satu daripada model yang ditayangkan sudah pun mendapat kelulusan VTA (Vehicle Type Approval) manakala beberapa lagi model sedang menjalani proses berkenaan.

Menariknya, ada juga beberapa produk syarikat itu dikatakan akan menerjah pasaran Eropah menggunakan lencana Superlux.

Dan antara maklumat lain yang diperoleh adalah model sulung syarikat itu bakal dilancarkan ketika acara IGEM 2023 (Persidangan & Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau & Produk Eko Malaysia) yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Oktober ini.

Source: Lagi jenama EV dua roda bakal terjah pasaran Malaysia, kerjasama Superlux, SarkCyber!

SHARE NOW

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *