Kruiser mewah BMW R18 First Edition (2023) pamer di Malaysia Autoshow 2023, makin ‘murah’, harga kini RM 149.5k!

BMW Motorrad Malaysia membawa masuk penawarannya dalam segmen ‘Kruiser’ mewah, BMW R18 First Edition beberapa tahun lalu tetapi sempena Malaysia Autoshow 2023, model itu dipamerkan bersama penawaran harga berbeza.

Diumumkan pada harga asas RM 156,500 ketika pelancarannya pada tahun 2020, harga terkini yang dipamerkan oleh BMW Motorrad Malaysia ketika ini di Maeps adalah RM 149,500 (asas). Dan menariknya, tiada perubahan spesifikasi mahupun trenkuasa dijalankan.

Juga baca: BMW K1600 GT, K1600 GTL (2023) kini di Malaysia, mewah berprestasi, harga mula RM 174.5k!

Tiba sebagai model versi First Edition, BMW R18 First Edition (2023) dipadankan dengan warna hitam dan dikemaskkan dengan jalur pinstripe putih.

Dan kelainan lain bagi versi First Edition adalah penggunaan kemasan krom antaranya di bahagian pemegang, penukar gear, penutup bucu pemegang, penutup head dan crank serta lencana First Edition.

Di bahagian trenkuasa, BMW R18 First Edition (2023) dipadankan dengan enjin ‘boxer’ ikonik BMW Motorrad bersesaran 1,802 cc, 2 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Udara/Minyak bersama transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihasilkan adalah 91 Hp pada 4,750 rpm dan tork 158 Nm pada 3,000 rpm.

Sebagai model aras tinggi BMW Motorrad, BMW R18 First Edition (2023) dipadankan dengan pelbagai ciri elektronik canggih antaranya ASC (Automatic Stability Control), Engine Drag Torque Control (MSR) dan mempunyai tiga mod tunggangan (Rock, Roll, Rain). 

Juga baca: BMW CE 04 (2023) dah ada harga rasmi di Malaysia, asas cuma RM 59.5k!

Turut tersedia adalah gear mengundur dan Hill Start Control namun datang sebagai pilihan.

Memacu tugas membrek adalah brek cakera berkembar bersaiz 300 mm dengan kaliper 4 piston (depan) dan cakera tunggal 300 mm dengan kaliper 4 piston yang lengkap dengan sistem BMW Motorrad Integral ABS.

Sistem suspensi motosikal dengan berat 345 kg ini adalah fork teleskopik konvensional bersaiz 49 mm (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan lengan ayun.

Sekalipun datang dengan rekaan ‘klasik’, BMW R18 First Edition dipadankan dengan sistem lampu LED penuh, Sistem Tanpa Kunci dengan kapasiti tangki bahan api 16 liter.

Kepada yang mahukan lebih kelainan, BMW Motorrad Malaysia turut menyediakan pelbagai komponen atau aksesori ‘opsyen’ tambahan antaranya pemegang yang lebih tinggi, pelana, kemasan enjin berbeza dan pelbagai lagi.

Juga baca: Edisi terhad BMW R nineT 100 Years (2023) kini di Malaysia, 10 unit sahaja, harga asas RM129.5k!

Source: Kruiser mewah BMW R18 First Edition (2023) pamer di Malaysia Autoshow 2023, makin ‘murah’, harga kini RM 149.5k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *