KPI Prasarana mula ditayang kepada umum, kaedah cegah kerosakan tren akan diperhalusi

Indeks Prestasi Utama (KPI) Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), syarikat pengendali perkhidmatan pengangkutan awam, kini sudah mula ditayangkan kepada umum melalui laman sesawang rasmi mereka. Penambahbaikan dari segi penambahan masa operasi penyelenggaraan tren kendalian syarikat itu juga sedang dipertimbangkan bagi mengurangkan kadar kerosakan tren ketika dalam perkhidmatan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata, orang ramai dialu-alukan untuk meneliti data disediakan oleh Prasarana yang merangkumi jumlah penumpang bulanan, faktor beban, Mean Kilometres Between Failures (MKBF), ketersediaan perkhidmatan, dan kemaskini status kemudahan.

MKBF merupakan satu pendekatan yang digunakan untuk menilai kestabilan tren sebelum sebarang kerosakan berlaku. Prasarana menyasarkan untuk mencapai 1 juta kilometer antara kerosakan sebelum suku ketiga 2026.

Kemaskini prestasi ini boleh didapati di laman sesawang rasmi myrapid, merangkumi kemaskini melibatkan Rapid Rail dan Rapid Bus.

Beliau berkata demikian ketika berlangsungnya sidang media Min Kilometer Antara Kegagalan (MKBF) dan majlis rumah terbuka Hari Raya Prasarana Group di Kuala Lumpur semalam.

Juga baca: Sejuta kilometer tanpa kerosakan tren – KPI baru untuk Prasarana bagi LRT, MRT, monorel

Selain itu, Kementerian Pengangkutan juga akan mengkaji beberapa pembaharuan dalam kaedah penyelenggaraan berfokuskan langkah pencegahan kerosakan dalam perkhidmatan rel Prasarana; antaranya masa operasi penyelenggaraan dan kejuruteraan yang lebih lama setiap hari bagi mengurangkan risiko kerosakan.

Menurut Anthony, inisiatif ini mungkin memerlukan operasi rel ditutup awal sedikit – mungkin 30 minit atau satu jam lebih awal – bagi memberi ruang kepada operasi penyelenggaraan dan kejuruteraan supaya kerosakan tren dalam perkhidmatan dapat diminimakan sebaik mungkin.

Source: KPI Prasarana mula ditayang kepada umum, kaedah cegah kerosakan tren akan diperhalusi

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *