K’jaan sedang perincikan syarat untuk penerima subsidi diesel bersasar, penggunaan “fleet card” dalam perancangan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa sistem subsidi diesel sedia ada di Malaysia akan diteruskan dan diperbaiki. Tujuannya adalah untuk memantau penggunaan diesel dan mengelakkan kebocoran dengan melaksanakan sistem ‘fleet card’ bagi kenderaan yang mendapatkan bekalan diesel dari stesen minyak atau tangki skid.

Langkah ini diambil berikutan liabiliti subsidi negara yang mencapai RM13 bilion pada tahun lepas.

Dalam laporan daripada Harian Metro, Menteri Kewangan menyatakan bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam penggunaan diesel, dengan kenaikan sebanyak 37.7% dari 6.1 bilion liter pada tahun 2019 kepada 8.4 bilion liter pada tahun 2022 tetapi jumlah kenderaan berdaftar yang menggunakan diesel hanya meningkat sebanyak 2.4% dalam tempoh yang sama.

Baca: Mekanisme pemberian subsidi petrol dijangka kekal, ikut cc kenderaan belum dilaksanakan!

“Jadi ada masalah tentang salah guna, penyeludupan dan ketirisan. Ini disebutkan ketirisan RM10 billion.

“Pemberian diesel subsidi itu diteruskan tetapi mesti melalui fleet card. Dengan cara ini kita dapat kesan siapa perlu boleh pakai, tapi jangan ambil diesel dan jual kepada kilang-kilang seperti mana berlaku sekarang,”

Dengan pelaksanaan sistem kad kenderaan, kerajaan bertujuan untuk memantau dan mengawal pengedaran diesel subsidi, memastikan ia sampai kepada mereka yang memerlukan dan menghalang penjualan secara tidak sah kepada kilang atau entiti lain.

Kenderaan yang diubahsuai untuk penyeludupan diesel

“Kita sedang perinci kenderaan mana diperlukan dan sebagainya tetapi yang jelas subsidi diesel tidak dinaikkan.

“Cuma kita nak tentukan yang berhak akan peroleh diesel subsidi. Kita tidak mahu, wang cukai dibayar untuk bantu rakyat tetapi diguna kartel seperti kartel minyak masak, digunakan untuk kepentingan segelintir kecil,” kata beliau.

Selain itu, kerajaan telah memulakan program subsidi bersasar, bermula pada Januari 2023. Kerajaan kini tidak lagi memberi subsidi kadar elektrik penuh kepada syarikat besar yang menggunakan kapasiti elektrik tinggi.

Peralihan kepada subsidi yang lebih berteraskan dan mampan ini bertujuan untuk memberi keutamaan kepada perbelanjaan kerajaan untuk keperluan pembangunan yang dapat memberikan nilai tambah yang lebih besar kepada ekonomi negara.

Baca: Public Investment Bank: Harga RON 95 & Euro 5 B10 mungkin naik jika subsidi bakal disemak semula oleh kerajaan

Source: K’jaan sedang perincikan syarat untuk penerima subsidi diesel bersasar, penggunaan “fleet card” dalam perancangan

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *