USA jobs

K’jaan belum rancang hapuskan tol lebuhraya, implikasi kewangan tinggi – KKR

Harapan rakyat untuk menikmati tol percuma di lebuh raya sedia ada belum dapat dipenuhi memandangkan kerajaan Perseketuan belum ada rancangan untuk mengambil alih konsesi lebuh raya setakat ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, langkah itu buat masa ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh implikasi kewangannya yang tinggi, lapor Malay Mail. Menurut beliau, kerajaan masih komited dan menumpukan usaha ke arah penyelesaian isu kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan beban kewangan rakyat.

Other Post You May Be Interested In

Foto: Astro Awani

Juga baca: Boleh bayar tol guna kad debit, kredit di DUKE dan 5 lagi lebuh raya bermula September 2023

Bagaimanapun, kerajaan akan mempertimbangkan semula perkara ini (penghapusan tol) apabila situasi kewangan dan fiskal negara membenarkannya di masa hadapan, jelas Alexander dalam satu jawapan Parlimen bertulis kepada Rushdan Rusmi (PN Padang Besar) yang mengajukan soalan berkenaan strategi kerajaan untuk menghapuskan tol lebuh raya.

Penghapusan tol di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) merupakan salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan ketika berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.

Source: K’jaan belum rancang hapuskan tol lebuhraya, implikasi kewangan tinggi – KKR

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *