Kenderaan rasmi menteri Persekutuan, Toyota Vellfire, makan belanja RM 1.6 juta – Anwar

Kos perbelanjaan sebanyak RM 1.6 juta dikeluarkan untuk menyenggara dan membaiki Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) Menteri Persekutuan iaitu Toyota Vellfire 2.5L sepanjang tempoh tiga tahun antara 2020 – 2022.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dalam satu jawapan bertulis yang kos penyelenggaraan serta pembaikan KRJ adalah berjumlah RM 672,000 pada 2020, RM 478,991.50 pada 2021, dan RM 450,690.66 pada 2022.

Tambahnya lagi, Menteri Persekutuan menggunakan KRJ Toyota Vellfire 2.5L sejak April 2021. Terdahulu, KRJ terdiri daripada kereta nasional Proton Perdana 2.4L namun digantikan dengan MPV mewah dari Jepun itu setelah pengeluaran sedan tersebut dihentikan.

Juga baca: Proton Perdana tamat pengeluaran, Toyota Vellfire lebih jimat – MoF

Makluman ini dikeluarkan oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan bagi menjawab soalan Chong Zhemin (PH-Kampar) di persidangan Dewan Rakyat semalam, lapor Berita Harian.

Terdahulu, bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan model Toyota Vellfire tersebut disewa daripada syarikat konsesi Spanco. Pecahan kos pajakan bulanan bagi Toyota Vellfire ini boleh didapati dalam artikel di bawah.

Juga baca: Dari RM 5.8k sebulan, Toyota Vellfire ganti Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi menteri!

Berita berkait:

MoF: Kerajaan mahu kereta rasmi Toyota Vellfire kerana ia lebih selamat dan selesa

Bukan Vellfire & Alphard je! Apakah kereta lain yang digunakan oleh 222 (penyandang) Ahli Parlimen Malaysia?

Selepas 7 tahun, Toyota Alphard & Vellfire kini lenyap dari laman web UMWT. Tanda-tanda model baru akan datang?

Pinjaman Toyota Vellfire RM 300k boleh ansuran 9 tahun, tapi rumah sampai 30 tahun? Ini sebabnya

Source: Kenderaan rasmi menteri Persekutuan, Toyota Vellfire, makan belanja RM 1.6 juta – Anwar

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *