Kemaskini Atlas OS untuk infotainment Proton X50, X70, Iriz, Exora, Persona didakwa tingkatkan prestasi?

Kepada pemilik kenderaan Proton X50, X70, Iriz, Persona, dan Exora yang mempunyai skrin/head unit generasi terkini; Proton menyarankan semua pengguna untuk memuatnaik kemaskini perisian yang terkini.

Proton baru-baru ini berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya bagi menyeru pemilik kenderaan tersenarai untuk mengemaskini perisian Atlas OS pada Infotainment Head Unit (IHU) kereta masing-masing bagi memastikan pengalaman penggunaan lebih baik.

Selain itu, Proton juga memaklumkan yang ia sedang dalam proses pemindahan ke ‘cloud server’ baharu bagi menaiktaraf servis untuk pengguna.

GKUI19 OS lama

Sebagai info, kemaskini perisian terbaru ini boleh dimuat turun bermula dari 1 Januari hingga 31 Mac 2021 dan boleh didapati dalam bentuk kemaskini ‘over-the-air’ (OTA). Sama seperti kemaskini IHU lain, muat turun kemaskini perisian ini tidak menggunakan quota data pengguna dan enjin kereta perlu dihidupkan sepanjang kemaskini ini berjalan bagi memastikan segala proses berjalan lancar tanpa gangguan.

Head unit Proton Saga tidak boleh dikemaskini menerusi OTA

Kemaskini perisian ini tidak tertakluk pada Proton Saga kerana sedan segmen A itu menggunakan perisian versi berbeza selain tiada sambungan data untuk kemaskini OTA.

Source: Kemaskini Atlas OS untuk infotainment Proton X50, X70, Iriz, Exora, Persona didakwa tingkatkan prestasi?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *