Kenderaan anda pernah disita pihak berkuasa? Jika ya, dan anda mahu menerima notis untuk menuntut semula kenderaan anda, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihati orang ramai untuk mengemas kini alamat.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail, berkata, selepas tindakan menyita kenderaan diambil, pemilik boleh menuntut semula kenderaan masing-masing. Namun, JPJ perlu mengenal pasti pemilik kenderaan terbabit mengikut alamat yang didaftarkan.
Menurutnya, masalah timbul apabila pemilik tidak hadir untuk menuntut kenderaan masing-masing. Antara sebabnya ialah tidak menerima notis tuntutan semula kenderaan sita kerana sudah berpindah dan alamat tidak dikemas kini.
Kenderaan disita yang tidak dituntut oleh pemilik berdaftar akan dilucut hak dan dilelong.
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk peka dan mengemas kini alamat masing-masing supaya notis tuntutan kenderaan disita boleh sampai ke tangan anda dengan selamat dan mudah.
Source: Kemaskini alamat jika pemilik mahu tuntut kenderaan disita, risiko dilelong – JPJ