Kawasaki Ninja 250 (2023) diperkenal di Indonesia, 2 varian, harga mula RM 19.5k!

Kawasaki Motor Indonesia (KMI) mengemaskini ‘Sportbike’ suku liter hangatnya, Kawasaki Ninja 250 (2023) namun seperti dijangka, hanya membabitkan kosmetik bersama penawaran harga baharu.

Kawasaki Ninja 250 (2023) Standard

Tiada perubahan dari sudut rekaan, spesifikasi trenkuasa dijalankan buat model yang dikatakan menjadi ‘tulang belakang’ KMI ini dengan kemas kini membabitkan pilihan warna dan corak grafik baharu yang katanya lebih ‘Sporty’.

Kawasaki Ninja 250 ABS SE (2023) KRT

Seperti di Malaysia, Kawasaki Ninja 250 (2023) dijual dalam dua varian iaitu Standard dan ABS SE (Sistem Brek Anti-Kunci).

Juga baca: Kawasaki Malaysia dah sedia, 8 model CKD, CBU bakal terjah pasaran tahun ini!

Passion Red

Kawasaki Ninja 250 (2023) Standard didatangkan dengan dua pilihan warna baharu iaitu Metallic Carbon Gray/Metallic Matte Carbon Gray dan Passion Red.

  • Harga: Rp. 66.9 juta (RM 19,517) OTR Jakarta
Metallic Carbon Gray/Metallic Matte Carbon Gray

Kawasaki Ninja 250 (2023) ABS pula ditawarkan dalam satu pilihan warna iaitu Lime Green yang menggunakan skema warna hijau ala jentera lumba Kawasaki Racing Team.

  • Harga: Rp. 79.3 juta (RM 23,135) OTR Jakarta
Lime Green

Sebagai perbezaan, Kawasaki Ninja 250 (2023) Standard tampil dengan corak grafik yang lebih minimalis dan tidak dipadankan dengan beberapa ciri seperti Sistem Tanpa Kunci serta Sistem Anti-Kunci (ABS).

Mengulas spesifikasi trenkuasa, kedua-dua varian Kawasaki Ninja 250 (2023) kekal dengan padanan enjin bersesaran 249 cc, 2 Silinder, 8 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan lengkap dengan klac Assist & Slipper.

Kuasa yang dihamburkan adalah 39 PS pada 12,500 rpm dan tork 23.5 Nm pada 10,000 rpm.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional 41 mm (depan) dan penyerap hentak tunggal dengan ciri pelarasan (preload) belakang. Sistem henti menggunakan cakera tunggal 310 mm (depan) dan cakera 220 mm (belakang).

Informasi lain adalah seperti set roda bersaiz 110/70-17 (depan), 140/70-17 (belakang), sistem lampu LED, panel meter kombinasi analog dan digital, berat 164 kg dan kapasiti tangki bahan api 14 liter.

Di pasaran Malaysia, Kawasaki Ninja 250 dijual dengan lencana berbeza iaitu Modenas Ninja 250/ABS. Ketika dilancarkan, Modenas Ninja 250 dijual pada harga RM 18,900 dan Modenas Ninja 250 ABS dijual pada harga RM 20,500.

Juga baca: Modenas Ninja 250 ABS, Ninja 250, Z250 ABS (2022) lancar di Malaysia, harga bermula RM 18.9k!

Source: Kawasaki Ninja 250 (2023) diperkenal di Indonesia, 2 varian, harga mula RM 19.5k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *