Kawasaki KX250, KX250X (2023) pamer di Malaysia Autoshow 2023,’off-road sejati’ harga mula RM 35k!

Seperti dijanjikan, Kawasaki Malaysia akhirnya membawa masuk dua model dalam segmen lasak atau ‘off-road’ tulen iaitu Kawasaki KX 250 dan Kawasaki KX 250X (2023) ke pasaran tempatan.

Dilancarkan sempena Malaysia Autoshow 2023 yang sedang berlangsung di Maeps, Serdang, harga yang ditawarkan untuk Kawasaki KX 250 (2023) adalah RM 35,000 (asas). 

Manakala untuk model Kawasaki KX 250X (2023), tanda harga yang diletakkan oleh pengedarnya di Malaysia iaitu Emos  (Edaran Modenas Sdn. Bhd.) adalah RM 35,500 (asas) (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Dan hanya satu pilihan warna tersedia untuk kedua-dua versi iaitu Lime Green.

Sebagai jentera lasak tulen, kedua-dua model secara dasarnya direka sebagai jentera perlumbaan. Begitupun untuk negara seperti Indonesia, model seperti KX atau KLX dijadikan pengangkutan popular di kawasan hutan mahupun ladang.

Ringkas mengenai Kawasaki KX250 (2023), menurut Kawasaki Malaysia, ia lebih terarah kepada perlumbaan Motocross (MX).

Untuk Kawasaki KX250X, sekalipun spesfikasi dan rekaan tampak cukup sama, ia adalah jentera yang dibina untuk kegunaan ‘Cross-country’.

Mengulas ringkas trenkuasa, kedua-dua model menggunakan enjin bersesaran 249 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual.

Tiada angka kuasa rasmi atau tork diumumkan Kawasaki Malaysia namun ia dikatakan sekitar 40 Hp.

Jika melihat secara pandangan ‘kasar’, kedua-dua versi nampak cukup sama namun sebenarnya berbeza terutama dari sudut jarak ‘travel’ suspensi, kelegaan bumi, ketinggian pelana malah set roda yang digunakan juga berbeza.

Kawasaki KX 250
Kawasaki KX 250X

Kepada yang berminat, menurut Emos, kedua-dua model sudah pun boleh didapati menerusi rangkaian pengedar rasmi terpilih Kawasaki bermula bulan ini. Tetapi yang ingin melihatnya secara ‘depan mata’, anda boleh mengunjungi ruang pameran Kawasaki/Modenas yang terletak di Dewan C Maeps.

Juga baca: Siri lasak Kawasaki KLX, KX bakal kembali meriahkan pasaran tempatan, dijadual tiba pertengahan 2023!

Source: Kawasaki KX250, KX250X (2023) pamer di Malaysia Autoshow 2023,’off-road sejati’ harga mula RM 35k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *