Kawasaki didedah cuba pikat Toprak, tapi BMW lagi ‘menggoda’!

Tindakan jaguh Turki, Toprak Razgatlioglu menyertai BMW Motorrad dalam kempen WSBK musim depan bukan saja dianggap satu kejutan, namun tamparan hebat kepada pengeluar motosikal gergasi Jepun Yamaha.

Toprak bersama jentera Yamaha R1M menghadapi WSBK musim 2023

Tetapi Yamaha bukan satu-satunya pengeluar motosikal Jepun yang kempunan khidmat pelumba berbakat itu, namun ia turut dirasai satu lagi jenama gergasi iaitu Kawasaki.

Sebelum membuat keputusan meninggalkan Yamaha, Pengurus Toprak, Kenan Sofuoglu mengesahkan Kawasaki turut menunjukkan minat untuk mendapatkan juara dunia WSBK 2021 itu.

Tetapi ia tidak menjadi kenyataan apabila naib juara WSBK musim lalu itu memilih untuk menyertai BMW Motorrad, salah satu perpindahan pelumba terbesar dalam sejarah WSBK.

Sepanjang empat tahun bersama Yamaha, Toprak sudah memacu jenama itu meraih pelbagai kejayaan namun haluan yang ditetapkan untuknya (kekal di WSBK dan bukan di MotoGP) tampak tidak begitu digemari.

Berkata kepada Speedweek.com, Sofuoglu berkata: “Toprak mencari cabaran baharu. Selepas ujian MotoGP dan semua cerita mengenainya, Toprak mahukan sesuatu yang mengujakan.

“BMW memberikannya banyak sebab untuk Toprak menyertai mereka. Kawasaki juga berminat dengan Toprak. Tetapi apabila saya bercakap kepadanya mengenainya, saya menyedari yang dia mahu membuktikan potensinya di BMW.

“Saya tahu ramai orang mempunyai pandangan yang berbeza berbanding situasi yang kami lakukan tetapi kami bersedia untuk mengejutkan semua orang. Kami percaya dengan projek ini dan saya menyokong penuh perpindahan Toprak ke BMW, dan kami akan menjadi juara dunia sekali lagi.”

Kehadiran Toprak di BMW menyaksikan salah seorang daripada pelumba sedia ada pasukan itu, sama ada Scott Redding atau bekas pelumba Yamaha, Michael Van Der Mark perlu mengundurkan diri.

Sumber imej: FB Kawasaki Racing Team WorldSBKBMW Motorrad MotorsportToprak Razgatlıoglu

Source: Kawasaki didedah cuba pikat Toprak, tapi BMW lagi ‘menggoda’!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *