Jualan motosikal Thailand cecah 1.8 juta unit pada 2022, Honda kekal ‘raja’!

Industri automotif dua roda Thailand terus menunjukkan peningkatan dengan sejumlah 1,800,583 unit jualan motosikal/skuter direkodkan pada tahun 2022 sekalipun dipalit situasi tidak menentu susulan pandemik Covid-19 dan gangguan operasi pengeluaran.

Sumber imej: RideApart

Secara keseluruhan, jumlah yang dicatatkan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 11.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Lebih menarik, angka yang direkodkan adalah yang tertinggi dicatatkan sejak sembilan tahun lalu, memetik laporan yang dikeluarkan oleh motorcyclesdata.com.

Honda, seperti beberapa tahun sebelumnya mendominasi carta jualan dengan mencatatkan 1.37 juta unit jualan, penguasaan besar 72.1 peratus daripada keseluruhan pasaran motosikal Thailand.

Angka yang direkodkan oleh Honda itu juga adalah peningkatan 11.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Other Post You May Be Interested In

Sumber imej: BBC

Mengikuti Honda di tangga kedua adalah ‘raja’ di Malaysia iaitu Yamaha yang mencatatkan 284,124 unit jualan, yang juga peningkatan sebanyak 6.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ia diikuti oleh kumpulan Piaggio yang merekodkan 47,832 unit jualan, yang juga lonjakan besar 45.5 peratus berbanding tahun 2021.

Sumber imej: webBikeWorld

Di Thailand, industri dua roda turut dipacu dengan peningkatan permintaan terhadap motosikal elektrik dengan jualan motosikal berkenaan dalam kategori L1 meningkat sebanyak 211 peratus dan L3 (93 peratus).

Begitupun, segmen motosikal elektrik hanya menyumbang 0.5 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan.

Berdasarkan statistik, Thailand menghuni tangga ke-5 dari sudut kemampuan pengeluaran dengan 3 juta unit dihasilkan setahun, sama seperti Vietnam (3 juta), Indonesia (8 juta), India (20 juta) dan China (23 juta).

Setakat ini, Thailand mempunyai kilang pengeluaran bagi 7 pengeluar utama iaitu Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki, BMW, Triumph dan Ducati.

Sumber imej: Kyodo News

Tetapi sejak sedekad yang lalu, jualan motosikal di Thailand menyusut dengan drastik. Ia berikutan peralihan pengguna kepada kenderaan empat roda susulan peningkatan pendapatan perkapita di negara berkenaan.

Source: Jualan motosikal Thailand cecah 1.8 juta unit pada 2022, Honda kekal ‘raja’!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *