Jam Proton X Watch kini rasmi! Boleh hidupkan enjin X50 anda, harga hanya RM 1,499 sahaja!

Selepas dipertontonkan di EVM Asia Expo pada tahun lalu, Proton X Watch nampaknya telah mula dijual iaitu pada harga RM 1,499.

Dari segi teknikal, jam ini dibangunkan oleh ACO Tech dan ia dikuasakan oleh system-on-chip (SoC) Qualcomm Snapdragon. Sebagai jam digital, ia hadir dengan skrin AMOLED 1.3 inci yang menggunakan teknologi pelindung Corning Gorilla Glass DX+. Bingkai jam ini sendiri menggunakan bahan keluli tahan karat dan seramik.

Menurut ACO Tech, Proton X Watch membolehkan pemilik Proton X70 mengawal pelbagai fungsi kenderaan seperti lampu, tingkap, hon, kekunci pintu dan buka tutup but.

Istimewa untuk Proton X50 varian Premium dan Flagship pula adalah penambahan ciri hidup mati enjin dan kawalan penyaman udara.

Apapun, sebagai jam smartwatch, ia tetap datang dengan ciri pintar seperti bacaan degupan jantung dan oksigen dalam darah. Mod sukan yang ada pula termasuk berjalan, berlari, menggayuh basikal dan memanjat bukit.

Source: Jam Proton X Watch kini rasmi! Boleh hidupkan enjin X50 anda, harga hanya RM 1,499 sahaja!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *