Jaguh di Malaysia, tapi Yamaha jual 284k unit saja di Thailand tahun lalu, skuter paling ‘laku’!

Yamaha Motor Malaysia memegang peratusan pegangan pasaran tinggi kenderaan dua roda di pasaran tempatan, dengan peratusan melebihi 40 peratus tetapi di Thailand, jenama Jepun itu hanya menguasai 16.5 peratus pasaran.

Secara keseluruhan, Yamaha Motor Thailand menjual sejumlah 284,000 unit motosikal/skuter pada tahun lalu, jauh ketinggalan berbanding Honda yang mencatatkan lebih 1.2 juta unit jualan.

Tetapi sekalipun tidak begitu mengagumkan, angka yang dicatatkan pada tahun lalu itu masih memperlihatkan peningkatan sebanyak 6.9 peratus berbanding tempoh sebelumnya.

Untuk terus ‘relevan’ di mata rakyat Thailand, Yamaha Motor Thailand terus berusaha keras dan menurut rakan media kami di Thailand, Autofun.th, syarikat itu merancang meningkatkan lagi rangkaian edaran Yamaha Square.

Other Post You May Be Interested In

Tahun ini, Yamaha Motor Thailand merancang untuk meningkatkan jumlah Yamaha Square kepada 170 lokasi yang sekaligus meningkatkan perkhidmatan selepas jualan jenama itu.

Seperti dijangka, segmen skuter terus menjadi kekuatan Yamaha dengan Yamaha Grand Filano Hybrid Connect Gated kekal paling popular dengan 97,446 unit didaftarkan pada tahun lalu diikuti Yamaha Finn.

Dalam segmen ‘Sport’, Yamaha R15 kekal sebagai model nombor satu dalam segmen 150 cc.

Dalam perkembangan berkaitan, Autofun.th, turut melaporkan Yamaha Motor Thailand merancang untuk memperkenalkan dua model baharu tahun ini termasuk model dikuasakan motor elektrik.

Dan syarikat itu turut menyasarkan untuk menguasai lebih 20 peratus pasaran dalam tempoh dua tahun dan pada tahun ini, mereka merancang untuk menjual 295,000 unit motosikal/skuter yang juga peningkatan 4 peratus berbanding tempoh sebelumnya.

Sebagai info, Malaysia mencatatkan jualan motosikal terbanyak dalam sejarah tahun lalu dengan lebih 700,000 unit kenderaan dua roda itu didaftarkan.

Source: Jaguh di Malaysia, tapi Yamaha jual 284k unit saja di Thailand tahun lalu, skuter paling ‘laku’!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *