Jaga-jaga geng ‘big bike’, Op Khas JSPT sedang berjalan di seluruh negara!

Operasi khas yang dipanggil Op Khas Motosikal Berkuasa Tinggi sedang ‘rancak’ dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyasarkan penunggang motosikal berkuasa tinggi di seluruh negara.

Perkembangan itu diperoleh daripada laporan yang diterbitkan oleh Sinar Harian.

Gambar hiasan

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd Nasri Omar, op khas itu dijalankan sebagai langkah pencegahan yang mana tumpuan akan diberikan kepada penunggang yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Gambar hiasan

Katanya, PDRM mengambil maklum mengenai aktiviti penunggang motosikal berkuasa tinggi yang sering menunggang pada kelajuan tinggi.

“Umum mengetahui motosikal menjadi penyumbang tertinggi kemalangan jalan raya iaitu lebih 55 peratus berbanding kenderaan lain,” kata Nasri. “Justeru, JSPT akan sentiasa memberi penekanan terhadap penunggang motosikal terutamanya melibatkan motosikal berkuasa tinggi dengan mengadakan Op Khas ini.”

Gambar hiasan

Mengulas lanjut, Nasri berkata pihaknya menasihatkan semua pemilik motosikal berkuasa tinggi supaya sentiasa berhemah di jalan raya, mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan.

Sebagai info, mereka yang terlibat dengan kesalahan antaranya menunggang secara melulu dan berbahaya boleh dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selain Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Gambar hiasan

Untuk tuduhan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan, petuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM 5,000 dan tidak lebih RM 15,000.

Sumber imej: FB JSPT

Menurut Nasri lagi, JSPT juga akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi pelaksanaan Op Khas ini.

Source: Jaga-jaga geng ‘big bike’, Op Khas JSPT sedang berjalan di seluruh negara!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *