Hyundai dedah SUV kompak Exter – pesaing Perodua Ativa, enjin 1.2L NA dan 1.0L turbo

Hyundai dedah SUV kompak Exter – pesaing Perodua Ativa, enjin 1.2L NA dan 1.0L turbo

Hyundai untuk pasaran Asia Tenggara sejak beberapa tahun kebelakangan ini telahpun mengeluarkan pesaing seperti Creta dan Stargazer.

Menurut laporan dari Autoindustriya baru-baru ini pula, Hyundai baru sahaja membangunkan sebuah model crossover yang akan diposisikan bawah Hyundai Creta dan ia dipanggil Hyundai Exter.

Kelibat Hyundai Exter yang sudah berlegar di India.

Kata terbitan itu, Exter akan tembus pasaran India tetapi Hyundai juga merancang untuk masuk pasaran membangun seperti Indonesia dan sebagainya.

Secara amnya, Exter dirancang untuk membuat pelancaran pertama pada Julai nanti dan menariknya, Hyundai sendiri sudah mengeluarkan imej rasmi beserta beberapa butiran tetapi bahagian dalamnya masih dirahsiakan. Berdasarkan apa yang dirungkaikan untuk pasaran India, terdapat 3 penawaran enjin.

Yang pertama adalah nadi 1.2L NA (82 PS, 114 Nm) yang digandingkan sama ada dengan transmisi automatik 5 kelajuan atau manual 5 kelajuan. Kemudian, ada pilihan enjin 1.0L turbo berkuasa 100 PS.

Yang ketiga pula adalah enjin 1.2L yang mengggunakan bahan api gas asli (compressed natural gas). Sebagai perbandingan, nadi 1.2L NA pada Toyota Raize/Daihatsu Rocky mempunyai 88 PS/113 Nm dan varian 1.0L turbo pada Perodua Ativa kita misalnya menghasilkan 98 PS.

Hyundai Creta.

Kembali di Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru sahaja melancarkan Hyundai Creta kerana permintaan crossover/SUV begitu laku di tanah air kita, sama seperti di Indonesia dan juga di India.

Disebabkan ini sahaja, tidak mustahil sekiranya HSDM akan turut memperkenalkan Hyundai Exter. Lagipun, permintaan Perodua Ativa sendiri dilihat begitu laku dalam khalayak pembeli.

Juga bacaMalaysia lancar Hyundai Creta – RM 150k, varian solo Plus, 1.5L NA, 115 PS/144 Nm

Source: Hyundai dedah SUV kompak Exter – pesaing Perodua Ativa, enjin 1.2L NA dan 1.0L turbo

SHARE NOW

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *