Honda WR-V 2023 di Indonesia bakal hadir dengan pilihan manual 6MT, pelancaran Mei 2023

Nampaknya, Honda WR-V di pasaran Indonesia akan hadir dengan pilihan transmisi manual 6 kelajuan.

Perkara ini disahkan sendiri oleh sumber dalaman PT Honda Prospect Motor (HPM) yang mana mereka memaklumkan bahawa pelancarannya akan berlangsung dalam bulan ini juga.

Katanya juga, pilihan tersebut hanya akan hadir pada varian paling mampu milik, E. Jelasnya lagi, “Ia mungkin sekitar 10 – 12 juta Rupiah murah daripada varian E CVT”. Di sana, varian E CVT berharga 279.4 juta Rupiah (~RM 84.6k) dan mengikut perbezaan tersebut, harganya sepatutnya berada dalam lingkungan RM 3k – RM 3.6k murah. Jadi, lebih kurang RM 80k la harganya nanti.

Menariknya, penawaran Honda WR-V dengan transmisi manual sebenarnya telah tertular sebelum pelancaran lagi di mana ia telahpun tersenarai dalam data NJKB Samsat DKI Jakarta melalui item bertulis DG47 1.5 E MT dan 1.5 RS MT.

Secara amnya, transmisi itu akan tetap digandingkan dengan enjin 1.5L NA yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm. Jadi, adakah pilihan transmisi manual Honda masih digilai oleh pembeli zaman sekarang? Sama-sama kita tunggu laporan jualan WR-V di Indonesia setelah varian manual dilancarkan.

Juga bacaHonda WR-V vs Toyota Raize (Perodua Ativa) – Perbandingan setara, mana lebih baik?

Sumber dan kredit foto: AutoFun ID

Source: Honda WR-V 2023 di Indonesia bakal hadir dengan pilihan manual 6MT, pelancaran Mei 2023

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *