Cub House Honda di Thailand memang terkenal dan tak asing dengan penghasilan model-model unik dan terbaharu adalah Honda Dax Tamiya Limited Edition (2023).
Dipertontonkan ketika BIMS 2023 lalu, kehadiran Honda Dax Tamiya Limited Edition (2023) dikatakan benar-benar mengimbau memori terutama kepada peminat jenama permainan model terkenal, Tamiya.
Juga baca: Edisi Terhad Honda Monkey x Hot Wheels lancar di Thailand, makin ‘seronok’, harga RM 17.8k!
Seperti namanya, Honda Dax Tamiya Limited Edition (2023) menggunakan platform motosikal mini terkenal jenama itu, Honda Dax ST125.
Dan seperti model edisi terhad lain, angka harga jualan motosikal ini adalah 99,900 baht (RM 12,899).
Sebagai model edisi terhad Tamiya, skema warna yang digunakan adalah biru dan perak. Ia turut ditambah dengan logo Tamiya dengan corak dua bintang ikonik yang diletakkan di bahagian panel sisi dan ekzos.
Selain logo Tamiya, turut memenuhi model ini adalah dengan turut ditampal dengan pelbagai lambang dan logo ST125.
Di beberapa bahagian lain, seperti di bahagian cermin sisi, lingkaran lampu depan, pemegang belakang, bar hendal dan pelindung ekzos pula dikemaskan dengan warna krom.
Mengulas spesifikasi trenkuasa, Honda Dax Tamiya Limited Edition (2023) dijana enjin bersesaran 124 cc, 1 Silinder, 2 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api bersama transmisi 4 kelajuan.
Juga baca: Honda Monkey x One Piece Limited Edition diperkenal, terhad 300 unit seluruh dunia!
Kuasa yang dihamburkan adalah 9.25 Hp pada 7,000 rpm dan tork 10 Nm pada 5,000 rpm.
Untuk mengekalkan tahap eksklusif motosikal mini berkenaan, ia hanya boleh ditempah ketika BIMS 2023 dan semua kedai Flagship CUB House Honda menerusi online. Dan malangnya, ketika artikel ini disiarkan, tempahan sudah pun ditutup.
Source: Honda Dax Tamiya Limited Edition (2023) di Thailand, eksklusif, imbau kenangan, harga RM 12.8k!