Honda CBR250RR SP (2023) diperkenal di Thailand, Tri-color, harga RM 35.4k!

Selepas pasaran Indonesia dan Jepun, Honda Motor Thailand memperkenalkan versi kemas kini ‘Sportbike’ suku liter handalannya, Honda CBR250RR SP (2023) yang datang dengan beberapa pembaharuan menarik.

Sebagai varian teratas ‘SP’, pilihan warna yang ditawarkan untuk Honda CBR250RR SP (2023) adalah tunggal iaitu ‘Tri-color’ bersama harga THB 269,000 (RM 35,418). Sebagai perbandingan, Honda CBR250RR SP (2022) dijual pada harga THB 249,000 (RM 32,783).

Seperti Honda CBR250RR (2023) di Indonesia dan Jepun, Honda CBR250RR SP (2023) tampil dengan beberapa naik taraf antaranya di bahagian suspensi, rekaan serta trenkuasa lebih bertenaga.

Sekalipun tampak seperti kekal dengan rekaan ‘asas’ yang sama, bahagian panel sisi tampil dengan rekaan baharu yang lebih menarik dan ‘Sporty’. Menurut Honda, ia juga lebih lebar berbanding versi terdahulu dan menjadikannya lebih aerodinamik.

Other Post You May Be Interested In

Selain itu, turut dinaiktaraf adalah di bahagian suspensi dengan Honda CBR250RR SP (2023) kini menggunakan fork jenis terbalik USD  Separated Function Fork – Big Piston (SFF-Big Piston) yang menghasilkan tunggangan lebih meyakinkan.

Di bahagian trenkuasa, Honda berkata kompresi enjin Honda CBR250RR SP (2023) ditingkatkan dengan ukuran ratio gear turut meningkat.

Jadi tidak lagi berada pada angka 41 PS, kuasa yang dihamburkan enjin bersesaran 249 cc, Parallel Twin, 4 Lejang, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api ini adalah 42 PS pada 13,000 rpm bersama tork 25 Nm pada 11,000 rpm. 

Sistem transmisi adalah 6 kelajuan dan lengkap dengan klac Assist & Slipper serta menariknya, Quick Shifter.

Pembaharuan lain termasuklah ia kini datang dengan sistem lampu LED penuh termasuk lampu ‘hazard’ dan set rim aloi baharu.

Sebagai motosikal yang menggunakan sistem ‘Ride by wire’, Honda CBR250RR SP (2023) memiliki tiga mod tunggangan (Comfort, Sport, Sport+). Sistem brek menggunakan cakera tunggal (depan dan belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Di pasaran Malaysia, pihak Boon Siew Honda masih lagi menawarkan Honda CBR250RR (2022) di pasaran, model yang dilancarkan pada penghujung Disember 2021. Tak diketahui bila versi terkini akan dilancarkan tetapi jika melihat kepada trend semasa atau popularitinya, ia mungkin tak begitu lama.

Juga baca: Honda CBR250RR (2023) dikemaskini di Indonesia, 3 varian, harga mula RM 19k!

Source: Honda CBR250RR SP (2023) diperkenal di Thailand, Tri-color, harga RM 35.4k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *