Hari kedua ujian rasmi MotoGP 2023 Sepang:’Diganggu’ hujan, Ducati kekal terpantas, RNF Aprilia tonjol kemampuan!

Ducati terus mencatatkan masa terpantas pada hari kedua ujian rasmi MotoGP 2023 di Sepang namun pasukan satelit Aprilia, RNF menerusi pelumbanya Miguel Oliveira membuktikan kehadirannya bersama pasukan baharu tak boleh dipandang rendah.

Jorge Martin

Seperti semalam, Ducati muncul jentera terpantas di Sepang, hari ini dan menariknya, sekali lagi menerusi pelumba satelit.

Boleh dianggap sebagai ‘pakar’ di Sepang, Jorge Martin dari pasukan Pramac Ducati terpantas dengan catatan 1 minit 58.736 saat. Sebagai rekod, Martin adalah pemegang rekod terpantas sepusingan di Sepang.

Jorge Martin

Tidak seperti semalam, sesi ujian sedikit ‘terganggu’ berikutan hujan pada sesi tengah hari manakala sesi sebelah pagi turut sedikit terlewat berikutan keadaan litar yang masih belum kering sepenuhnya.

Justeru, hampir kesemua catatan terpantas dilakukan di ujian pada tengah hari ketika keadaan masih kering.

Miguel Oliveira

Beralih angin daripada KTM ke Aprilia pada musim ini, Miguel nampak semakin serasi dengan jentera baharunya apabila melakukan catatan 1 minit.58. 839 saat. Catatan ketiga terpantas pula dilakukan pelumba pasukan GasGasFactori Racing Tech3, Pol Espargaro.

Jagoan Yamaha, Fabio Quartararo mencatatnkan masa keempat terpantas diikuti penyandang juara dunia, Fabio Bagnaia.

Informasi lanjut mengenai catatan masa terbaik yang dilakukan kesemua pelumba adalah seperti imej di bawah.

Seperti semalam, sesi ‘Pit lane Walk’ turut berjalan pada hari ini namun aktiviti berkenaan tidak akan dijalankan pada sesi ujian terakhir, esok.

Sebagai info, hari ketiga sesi ujian rasmi esok yang bermula pada jam 10 pagi hingga 6 petang masih boleh disaksikan pengunjung ke SIC dengan kemasukan ke Grand Stand adalah percuma.

Info menarik

Catatan terpantas hari pertama ujian 2023 Sepang:

  • Marco Bezzecchi (Ducati) VR46, 1m 58.470s

Catatan terpantas ujian ‘Shakedown’ 2023 Sepang:

  • Michele Pirro (Ducati), Pelumba ujian, 1m 59.803s

Rekod Rasmi MotoGP Sepang:

  • Sepusingan terpantas – Jorge Martin (Ducati) 1m 57.790s (2022)
  • Sepusingan terpantas (pelumbaan) – Jorge Martin (Ducati) 1m 59.634s (2022)
     

Source: Hari kedua ujian rasmi MotoGP 2023 Sepang:’Diganggu’ hujan, Ducati kekal terpantas, RNF Aprilia tonjol kemampuan!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *