Great Wall Motor (GWM) Malaysia baru-baru ini telah melancarkan pusat 4S pertama di tanah air kita iaitu di USJ Subang. Fasiliti seluas 3 ekar ini merupakan satu bentuk hasil kerjasama dengan Superhub Auto dan ia disasarkan untuk menawar pengalaman semua-dalam-satu yang istimewa buat pemilik dan pelanggan kereta China itu.
Fasiliti ini merangkumi bahagian jualan, servis, alat ganti dan pusat badan & warna. Menurut Mike Cui iaitu Pengarah Urusan GWM Malaysia, GWM juga dalam proses untuk mencari lebih banyak pengedar supaya dapat berkembang dengan lebih luas.
Jenama ini merancang untuk menyiapkan 15 pengedar menjelang akhir 2023 dan majoriti daripadanya adalah pusat 3S.
Kata beliau, “Dengan rangkaian yang makin meluas serta pelan untuk melancarkan Haval H6 dan trak pikap GWM Cannon pada tahun ini, kami teruja untuk menawarkan lebih banyak produk yang berkualiti di pasaran Malaysia”.
Untuk makluman anda, antara model yang ada pada acara pelancaran pusat 4S ini adalah Haval H6 dan GWM Cannon. Dalam masa yang sama, EV Ora Good Cat dan Haval Jolion pun turut ada dalam bilik pameran itu.
Juga baca: Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai
Bagi anda yang berminat untuk mengunjung, alamatnya terletak di Lot 61711, Plot A, Persiaran Subang Indah Kawasan Perindustrian Subang USJ 1, 47600 Subang Jaya, Selangor dan ia dibuka setiap hari dari jam 9 pagi – 6 petang.
Source: GWM Malaysia lancar pusat 4S pertama di USJ Subang – seluas 3 ekar, khas untuk Haval, GWM & Ora