USA jobs

GWM kumpul sehingga 260 pengedar di persidangan global untuk berkongsi pelan ‘marketing’

Dalam sebuah acara Global Conference 2023 yang berlangsung dengan tema “New GWM, New Energy”, Great Wall Motor (GWM) telah menjemput sehingga 260 pengedar mereka dari 60 buah negara.

Menariknya, acara tersebut berlangsung dalam garis masa sama dengan Auto Shanghai 2023. Dalam acara ini, Presiden GWM, Mu Feng membentangkan strategi global mereka yang akan meletakkan fokus pada kenderaan tenaga baru dan akan berasaskan Forest Ecosystem.

Dengan falsafah Intelligent NEV yang bertema “Green, Higher and Safer”, syarikat itu sedang giat menerapkan strategi produk solo global “One GWM”. Melalui pendekatan ini, syarikat dapat merancang pasaran global dengan lebih tersendiri dan serasi dengan para pengedar untuk menawarkan NEV yang lebih berkualiti kepada pembeli.

Dalam acara itu juga, Timbalan Presiden dan Ketua Pemasaran Antarabangsa GWM, Parker Shi, turut menyampaikan anugerah buat rakan pengedar yang telah menyumbang banyak dalam operasi global mereka.

Other Post You May Be Interested In

Mengenai persidangan dan Auto Shanghai itu, rakan pengedar GWM kekal kagum dengan kaedah pemasangan GWM serta kepintaran produk mereka.

Kalau anda nak tahu, jualan GWM di luar negara untuk tahun 2022 mencecah 170,000 unit. Ini satu rekod baru dan berbanding tahun lepas, prestasi jualan itu menunjukkan peningkatan 21.28%. Sejak pelan eksport bermula dari tahun 1997, GWM sudah ada lebih dari 700 pengedar yang meliputi 170 buah negara. Jualan pula setakat ini sudahpun mencecah 1 juta unit.

Source: GWM kumpul sehingga 260 pengedar di persidangan global untuk berkongsi pelan ‘marketing’

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *