Enjin hibrid terbaru Geely nampaknya telah mula masuk produksi. Nadi yang dimaksudkan adalah enjin 1.5L 4 silinder yang mempunyai kecekapan haba (thermal efficiency) setinggi 44.26%.
Bagi anda yang kurang faham dengan istilah itu, ia bermaksud jumlah tenaga yang boleh diekstrak dari bahan api. Kalau anda nak tahu, peratus kecekapan haba buat enjin biasa kebanyakannya adalah antara 20% – 30%, manakala beberapa enjin Hyundai, Toyota dan GAC mencapai lebih 40%.
Dengan kod BHE15 Plus, enjin hibrid ini menggunakan kitaran Miller dan peratusan kecekapan haba tersebut dimainkan oleh faktor nisbah tekanan tinggi dan sistem suntikan bahan api bertekanan 350 bar.
Other Post You May Be Interested In
- müşteri gizliliğinizi kullanarak nasıl koruyorsunuz?
- The Rise of Digital Music: A Look at the Evolution of ytMP3
- Owner review: 15 years of effort to get this driving machine, My 2007 BMW E60 LCI
- Learn Why These Are the Best Swing Tags Out There
- Features & Benefits of Russell Hobbs Brita Kettle – A Guide
- How to Use Regaine Foam?
- Cub Prix 2023: Jetron Yamaha YYPang Racing dilancar, penaja baharu, semangat lagi membara!
- Kawasaki Ninja 250 (2023) diperkenal di Indonesia, 2 varian, harga mula RM 19.5k!
- How to Find a Reliable Garage Door Repair Company That You Can Trust
- Where to sell your diamond for most money
- CFMoto 250CL-X dah mula dijual di Malaysia, harga diiklan sekitar RM 16k!
- Professional Lock upgrade Leeds
- 5 Essential Factors for Choosing the Right Pakistani Clothes
- Sambutan menggalakkan terhadap jenama BYD dan BMW bantu pacu keuntungan untuk Sime Darby Bhd!
- Do you agree? EU shift to EVs by 2035 ‘suicide, gift to China’ — Italy deputy PM
- WEB DESIGN SERVICES DUBLIN: Creating Effective Websites
- Geely unveils new 1.5-litre 4-cyl hybrid engine; 44.26% thermal efficiency, more power
Setakat ini, enjin BHE15 Plus sudah mula diguna pada Galaxy L7. Bagi anda yang belum tahu, Galaxy adalah jenama premium terkini milik Geely dan ia dikhaskan untuk kenderaan premium yang dielektrifikasi.
Dalam Galaxy L7, trenkuasa hibrid ini mampu memecut SUV hibrid plug-in itu dari 0 – 100 km/j dalam masa 7.5 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 200 km/j. Penggunaan petrolnya pula didakwa serendah 5.23 liter/100 km.
Menurut laporan sahih, enjin ini juga akan diguna oleh jenama anak syarikat Geely Group, termasuklah Lynk & Co.
Di Malaysia, enjin BHE15 Plus ini tidak pernah lagi diperkatakan oleh Proton. Tetapi apa yang boleh dirumuskan adalah X90 nanti mungkin akan guna trenkuasa 1.5L 3 silinder TGDi yang diganding dengan sistem hibrid sederhana 48V (MHEV).
Juga baca: Proton X90 berkemungkinan menjadi hibrid pertama Proton, siap ada acah sistem hibrid MHEV di COE
Source: Geely memperkenalkan enjin hibrid 1.5L 4 silinder, kecekapan haba 44.26%, lagi berkuasa!