Ford Ranger Raptor di Malaysia akan ada pilihan enjin 2.0L Bi-Turbo Diesel, pelancaran 8 Jun 2023

Disebabkan permintaan yang tinggi buat peminat Raptor di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) sebentar tadi baru sahaja mengumumkan bahawa Ford Ranger Raptor bermula 8 Jun hadapan bakal hadir dengan pilihan enjin 2.0L Bi-Turbo Diesel.

Enjin tersebut menghasilkan 210 PS dan 500 Nm tork. 300 penempah terawal buat Ford Ranger Raptor ini akan mendapat sistem dashcam Kenwood DRV-A700W yang merangkumi kamera depan Wide-Quad HD (WQHD, 3.7 MP) dan kamera belakang Full HD (FHD. 1080p). Selain itu, diskaun sebanyak RM 500 untuk satu Ford Ranger Getaways juga akan diberi melalui kod promosi dan ia boleh ditebus sewaktu sesi penyerahan kereta.

Kata Turse Zuhair selaku Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, “Sejak kami melancarkan enjin V6 twin-turbo tahun lepas, Ford Ranger Raptor baharu telah menarik ramai peminat dan mereka turut bertanya mengenai pilihan trenkuasa yang lain. Disebabkan itu, kami akan mula menawarkan enjin 2.0L Bi-Turbo Diesel kepada peminat Raptor dan peminat offroad di Malaysia”.

Juga bacaFilipina akan lancar Ford Ranger Raptor 2023 dengan enjin 2.0 diesel, bukan V6 twin-turbo

Bagi anda yang berminat untuk melihatnya dengan lebih dekat, pelancarannya akan berlangsung dari 9 – 11 Jun 2023 di MRANTI Open Space, West Entrance Technology Park Malaysia iaitu bersebelahan Pavilion Bukit Jalil. Dalam acara itu, anda juga boleh memandu uji Ford Ranger Raptor di pelbagai permukaan jalan termasuk di kawasan lecak dan berbatu. Pelanggan awal yang menempah pada acara pelancaran ini pula akan menerima jaket sejuk eksklusif Raptor sewaktu sesi penyerahan kereta dibuat.

Untuk makluman lanjut, layari laman rasmi Ford di sini.

Juga baca2022 Ford Ranger Raptor dilancarkan – dari RM 259k, trak pikap paling mahal di Malaysia!

Source: Ford Ranger Raptor di Malaysia akan ada pilihan enjin 2.0L Bi-Turbo Diesel, pelancaran 8 Jun 2023

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *