FIM MiniGP Malaysia 2023: Penguasaan ‘total’ Qabil Irfan di Pusingan 1 UniMAP!

Jaguh dalam pembikinan, Qabil Irfan Azlan menakluk saingan pembukaan musim kejuaraan FIM MiniGP Malaysia 2023 dengan memenangi kedua-dua perlumbaan yang ditawarkan di Litar Lumba UniMAP Arau, Perlis, hujung minggu lalu.

Selepas menguasai petak depan di grid permulaan, pelumba cilik kelahiran Terengganu itu yang menunggang jentera Ohvale 160 cc tidak lagi menoleh ke belakang dengan memenangi Perlumbaan 1 yang berlangsung sebanyak 18 pusingan dengan catatan 15 minit 51.744 saat. 

Tempat kedua menjadi milik Airel Ahmad Marzuki, ketinggalan 12.975 saat manakala tempat ketiga menjadi milik pelumba Vietnam, Nguyen Viet Tuan dengan catatan 16 minit 17.587 saat.

Skrip sama diulang Qabil Irfan pada Perlumbaan 2 apabila memenangi saingan dengan catatan 15 minit 51.744 saat diikuti Airel Marzuki (+8.141 saat) dan tempat ketiga sekali lagi dimenangi oleh Nguyen Viet Tuan.

Other Post You May Be Interested In

Podium kemenangan FIM MiniGP Malaysia 2023

Pada perlumbaan SIC Ohvale Junior Championship 110 cc, Aidil Zariff yang membuat penampilan kedua di kejuaraan itu turut mencatat keputusan cemerlang apabila memenangi kedua-dua Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2.

Memenangi tempat kedua dan ketiga pada kedua-dua perlumbaan adalah Fahim Naufal dan Rishi Keshan Kishi.

Mengulas penganjuran Pusingan 1 FIM MiniGP Malaysia 2023, Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin yang juga pengelola kejuaraan mengakui perlumbaan kelas SIC Ohvale Championship mempunyai jurang yang besar antara para pelumba yang bertanding.

“Daripada analisis kami, ia berpunca daripada kekurangan program-program pembangunan akar umbi khususnya penganjuran perlumbaan-perlumbaan ‘pocket bike’. Saya berpendapat program-program ini perlu ada sebagai asas sebelum mereka naik ke motosikal ‘miniGP’,” katanya.

Podium kemenangan SIC Ohvale Championship

Seperti tahun lalu, dua penunggang terbaik pada saingan kelas perdana FIM MiniGP Malaysia yang akan berlangsung dalam lima pusingan akan terpilih untuk mewakili negara pada kejuaraan dunia yang dijadual berlangsung di Valencia, Sepanyol pada November ini. 

Source: FIM MiniGP Malaysia 2023: Penguasaan ‘total’ Qabil Irfan di Pusingan 1 UniMAP!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *