Filipina akan lancar Ford Ranger Raptor 2023 dengan enjin 2.0 diesel, bukan V6 twin-turbo

Ford Ranger Raptor 2023 untuk pasaran Filipina akan dilancarkan pada 18 Mei ini. Menariknya, sumber dari rakan AutoFun PH kami memaklumkan bahawa ia akan dipadankan dengan enjin 2.0L bi-turbodiesel, bukan 3.0L V6 twin-turbo (397 PS, 583 Nm) seperti yang kita dapat.

Jadi, kalau diikutkan, torknya lagi dasyat lah kan? Tidak sama sekali kerana enjin itu hanya ada 4-silinder dan ia hanya menghasilkan 210 PS dan 500 Nm tork. Namun begitu, enjin tersebut akan tetap digandingkan dengan transmisi automatik 10 kelajuan E-Shifter.

Berdasarkan Raptor diesel yang ada di pasaran Vietnam, model ini juga tidak ada penyerap hentakan FOX Live Valve Shock seperti yang hadir pada varian V6. Kalau anda nak tahu, sistem suspensi ini boleh melaras sehingga 500 kali setiap saat untuk menyesuaikan dengan permukaan jalan. Sebaliknya, Raptor diesel itu hanya menggunakan penyerap hentakan FOX Performance 2.5 inci.

Dengan menggunakan enjin diesel, sistem bunyi ekzos seperti yang ada pada model V6 juga tidak dilengkapkan. Selain itu, Raptor di Vietnam juga tiada ciri Locking Differential depan. Yang ada hanya untuk gandar belakang.

Untuk bahagian dalam pula, sistem audionya hanya menggunakan susunan 6 pembesar suara, bukan jenis Bang and Olufsen yang ada 10 pembesar suara.

Jadi, bertuah juga rakyat Malaysia kerana Ford Ranger Raptor generasi baharu untuk pasaran kita dapat bermacam-macam jajan dan enjinnya sendiri jauh lebih sedap berbanding pasaran terdekat.

Juga baca2022 Ford Ranger Raptor dilancarkan – dari RM 259k, trak pikap paling mahal di Malaysia!

Sumber dan kredit foto: AutoFun PH

Source: Filipina akan lancar Ford Ranger Raptor 2023 dengan enjin 2.0 diesel, bukan V6 twin-turbo

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *