EV China dikhuatiri ‘kacau’ untung pengeluar kereta Eropah sehingga 7 bilion Euro menjelang 2030

Satu laporan dari Allianz Trade yang diambil dari Automotive News Europe baru-baru ini memberitahu bahawa kereta elektrik (EV) dari China boleh mengurangkan keuntungan pengeluar kereta Eropah sehingga 7 bilion Euro (RM 34 bilion) menjelang tahun 2030, sekiranya pembuat polisi gagal mengambil sebarang tindakan.

Laporan itu sebenarnya mempertikaikan tarif ke atas kenderaan China yang diimport, peningkatan teknologi dan pembangunan bahan bateri EV serta pengeluar kereta China yang dibenarkan menghasilkan kereta di Eropah.

CEO Peugeot, Linda Jackson juga memberi amaran atas ancaman dari pembuat EV China yang menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi pada harga kompetitif kerana ia memberi tekanan yang tinggi pada syarikat kereta Eropah.

Untuk makluman anda, laporan itu juga memberitahu bahawa menjelang 2030, European Union (EU) mungkin berhadapan dengan kerugian output ekonomik sehingga 24 bilion EUR dari import EV China, khususnya buat negara Jerman, Slovakia dan Republik Czech.

Ora Good Cat di Eropah dipanggil sebagai Ora Funky Cat.

Menurut Patrick Koller, CEO pembekal automotif Perancis dari syarikat Faurecia, pengeluar China mempunyai ‘laluan terbuka’ ke pasaran kereta elektrik permulaan di Eropah. Dengan jenama EV mampu milik seperti BYD, terdapat banyak pelan untuk eksport ke Eropah di mana jualan kenderaan elektrik semakin hangat.

Di samping itu, Koller meramalkan bahawa dengan kelebihan kompetitif mereka, pengeluar kereta China boleh membuat jualan di Eropah sehingga 1 juta kenderaan setiap tahun, mewakili 8% bahagian pasaran tahun lepas.

Dalam Shanghai Auto Show baru-baru ini, BYD telah memperkenalkan Seagull dan harganya bermula serendah 78,800 CNY (~RM 51k). Kalau anda nak tahu, penawaran harga tersebut hanya lebih kurang suku daripada harga kebanyakan kereta elektrik di pasaran Eropah sekarang.

Menurut Bill Russo sendiri iaitu CEO syarikat rundingan strategi dari Automobility, BYD Seagull akan menjadi kereta paling laku di China untuk 6 bulan pertama.

Juga bacaLebih daripada 8,000 unit EV dijual di Thailand dalam 2 bulan pertama 2023 – BYD Atto 3 di tempat No.1

Selain itu, beliau turut meramalkan bahawa Seagull akan menarik ramai pelanggan di pasaran luar. Katanya, “Harga mampu milik sememangnya menarik ramai pembeli, Tidak kira dari pasaran membangun, Eropah atau Amerika sekalipun, penawaran sebegini akan menjadi satu pembelian yang sangat berbaloi”.

Juga bacaPengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim – EV rakyat paling lengkap setakat ini!

Source: EV China dikhuatiri ‘kacau’ untung pengeluar kereta Eropah sehingga 7 bilion Euro menjelang 2030

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *