Emos umum harga Kawasaki Z H2 SE (2023) di pasaran Malaysia, RM 97.8k, tersedia penghujung Jun 2023!

Segmen motosikal ‘Hypersport’ di pasaran tempatan kembali meriah apabila Kawasaki Malaysia, hari ini mengumumkan kehadiran semula salah satu model aras ‘perdana’ jenama Jepun itu, Kawasaki Z H2 SE (2023).

Diumumkan ketika acara Malaysia Autoshow 2023, apa yang lebih menarik adalah harga yang ditawarkan untuk motosikal berkenaan iaitu RM 97,800 (asas) tak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Sekalipun ditayangkan lebih awal, Kawasaki Z H2 SE (2023) menurut Kawasaki Malaysia bakal tiba di cawangan pengedar rasmi jenama itu pada penghujung Jun 2023.

Dua pilihan warna untuk Kawasaki Z H2 SE (2023) di pasaran Malaysia adalah:

  • Metallic Matte Graphene Steel Gray
  • Metallic Matte Graphene Steel Ebony

Dari sudut rekaan, Kawasaki Z H2 SE (2023) di pasaran Malaysia adalah versi terkini yang berada di pasaran global. Mengulas ringkas dari sudut itu, ia mengekalkan rekabentuk Sugomi yang diterapkan oleh Kawasaki. 

Other Post You May Be Interested In

Seperti diketahui, antara paling mengujakan buat Kawasaki Z H2 SE (2023) adalah di bahagian trenkuasa. Dijana enjin bersesaran 998 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, ia turut dipacu sistem ‘Supercharge’.

Digandingkan dengan transmisi 6-kelajuan klac manual dengan ciri Quickshifter, kuasa yang dihamburkan adalah 197 Hp pada 11,000 rpm dan tork 137 Nm pada 8,500 rpm.

Sebagai motosikal dalam segmen ‘aras tinggi’, Kawasaki Z H2 SE (2023) yang datang dengan tiga mod tunggangan turut dipadankan dengan pelbagai komponen premium dan berteknologi tinggi.

Antara ciri elektronik yang dipadankan termasuklah ‘Electronic Cruise Control’ (ECC), ‘Kawasaki Quick Shifter (KQS)’, ‘Kawasaki Electronic control suspension (KECS)’. ‘KECS (Kawasaki Electronic Control Suspension) jenama Showa dan menggunakan teknologi Skyhook Technology. Menariknya, ia hanya eksklusif untuk model Kawasaki Z H2 SE (2023).

Turut memiliki teknologi IMU (Unit Unjuran Inersia), antara ciri canggih yang turut dipadankan termasuklah ‘Kawasaki Launch Control Mode’ (KLCM), ‘Kawasaki Cornering Management Function’ (KCMF), ‘Kawasaki Traction Control’ (KTRC) manakala sistem brek turut menggunakan ‘Kawasaki Intelligent anti-lock brake system’ (KIBS).

Antara kelengkapan premium yang dipadankan termasuklah kaliper Brembo Stylema, salur minyak logam dan tuil brek juga dari Brembo.

Di bahagian panel meter, ia menggunakan panel meter TFT berwarna yang lengkap dengan sambungan ke telefon pintar menerusi aplikasi Rideology.

Source: Emos umum harga Kawasaki Z H2 SE (2023) di pasaran Malaysia, RM 97.8k, tersedia penghujung Jun 2023!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *