Elak guna aliran udara dalaman sahaja sepanjang pemanduan, mampu beri risiko kemalangan

Penggunaan kitaran aliran udara dalaman secara berterusan untuk tempoh pemanduan yang lama dalam sistem penyaman udara kenderaan boleh menyebabkan pemandu dan penumpang mengalami kekurangan oksigen, yang kemudiannya menyebabkan mengantuk, letih, dan tidak dapat berfikir dengan baik.

Pakar Kimia dan pengamal keselamatan dan kesihatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Ts ChM Dr Darfizzi Derawi berkata, hal ini adalah disebabkan oleh kebanyakan pemilik kenderaan menggunakan kitaran aliran pengudaraan dalaman sahaja, sepanjang pemanduan.

“Pemandu kebiasaannya menggunakan kitaran udara dalaman saja kerana tidak mahu udara dari luar terutamanya asap kenderaan lain masuk ke ruangan kabin kenderaan. Ada juga tidak faham dan cakna mengenai fungsi panel kitaran aliran udara dari luar dan dalam.

“Bagi pemanduan dalam jangka masa lama, ia akan menyebabkan kandungan oksigen dalam kabin kenderaan berkurangan. Ini kerana semua penumpang kenderaan bernafas menggunakan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.

Other Post You May Be Interested In

“Dari segi keselamatan dan kesihatan, kandungan oksigen untuk membolehkan manusia bernafas dan melakukan aktiviti secara normal adalah melebihi 20 peratus. Jika kandungan oksigen di bawah 19.5 peratus di sesuatu ruang, keadaan ini boleh mendatangkan kesan terhadap tubuh badan manusia seperti kekeliruan, kegelisahan, kesukaran bernafas, degupan jantung yang cepat dan tidak sedarkan diri,” ujarnya kepada Harian Metro.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kes 4 sekeluarga pengsan di dalam kenderaan yang dinaiki dipercayai kekurangan oksigen dalam badan sebelum merempuh Plaza Tol Bentong pada 24 April lalu.

Bagi pemandu di jalan raya, adalah dinasihatkan agar menukar kitaran aliran udara kabin kenderaan kepada pengudaraan dari luar semasa memandu secara sementara dan berhenti setiap dua jam perjalanan untuk membolehkan udara di dalam kabin boleh ditukar ganti dengan udara segar dari luar.

Baca: Bahaya tidur di dalam kereta dengan salur udara terbuka dan enjin dihidupkan

Source: Elak guna aliran udara dalaman sahaja sepanjang pemanduan, mampu beri risiko kemalangan

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *