USA jobs

Elak 7 kesalahan tanpa kompaun sempena Hari Raya – kena ‘settle’ terus di mahkamah

Foto: media sosial

Semua pengguna jalan raya diingatkan untuk memandu dengan selamat dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, termasuk tujuh kesalahan yang tidak dibenarkan kompaun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolla, berkata, kesalahan tanpa kompaun yang dikuatkuasakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu termasuklah:

Other Post You May Be Interested In

  • Memotong barisan
  • Memotong di garisan berkembar
  • Tidak mematuhi lampu isyarat merah
  • Memandu melebihi had laju
  • Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
  • Tidak memakai tali pinggang atau topi keledar
  • Memandu di lorong kecemasan
Pengguna berdepan kesesakan pada Selasa (18 April)

Selain itu, perintah larangan pemanduan kenderaan barangan di jalan raya pada 20 – 21 April dan 24 – 25 April 2023 turut dikuatkuasakan bagi menurunkan risiko nahas jalan raya selain mengurangkan kesesakan lalu lintas, jelas beliau lagi.

Hasbi berkata demikian pada sidang media selepas program Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya & Ops Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2023 Peringkat Kebangsaan di Gerai Juadah Ramadhan, Prima Saujana, Taman Prima Saujana, Kajang, hari ini.

Juga baca: Tol Rahmah Percuma 4 hari sempena Hari Raya Aidilfitri 2023, cuti tambahan diberi – PM

Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh JPJ adalah kaedah penyamaran di atas bas ekspres, pemantauan melalui Enforcement Based Station (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya, pelaksanaan Perception of Being Caught (POBC), dan Ops Khas Motosikal.

Source: Elak 7 kesalahan tanpa kompaun sempena Hari Raya – kena ‘settle’ terus di mahkamah

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *