E-skuter Beam makin diterima di Malaysia, penggunaan terus catat peningkatan!

Beam Mobility Malaysia, anak syarikat pengendali dan penyedia perkongsian mikro-mobiliti e-skuter terbesar di Asia Pasifik, Beam Mobility mendedahkan penggunaan e-skuter Beam berterusan diterima di negara ini.

Menurut Beam Mobility Malaysia, peningkatan penggunaan e-skuter Beam itu adalah hasil daripada kerjasama dan komitmen daripada kerajaan, pihak berkuasa dan majlis bandaraya tempatan.

Seperti diketahui, penggunaan utama e-skuter Beam adalah bertujuan untuk menjadi penghubung terakhir ke atau dari stesen pengangkutan awam di Malaysia selain penggunaan di tengah bandar.

Sepanjang tahun lalu, lebih daripada 1 juta perjalanan dicatatkan oleh e-skuter Beam dengan 93,000 perjalanan diambil terus dari atau ke stesen pengangkutan awam di seluruh negara.

Antara stesen paling popular adalah LRT Ara Damansara dan Bukit Jalil yang mencatatkan secara purata 1,607 dan 1,445 perjalanan ke kedua-dua stesen ini. Hentian bas juga menjadi penghubung popular bagi e-skuter Beam dan antara yang popular adalah hentian bas The Arc di Cyberjaya (370 penggunaan) sebulan.

Dengan kerjasama yang dilakukan bersama sembilan universiti pada tahun 2023 pula, Beam turut merekodkan 51,634 perjalanan sepanjang suku pertama 2023, dan secara purata 17,211 perjalanan di dalam kampus universiti.

Dan jika dihitung, ia membawa kepada keseluruhan 70,424 km perjalanan dilakukan di kawasan berkenaan.

Source: E-skuter Beam makin diterima di Malaysia, penggunaan terus catat peningkatan!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *