USA jobs

Danial Syahmi terlepas Pusingan 1 JrGP (2023), bakal jalani pembedahan akibat kecederaan!

Tiada kelibat Danial Syahmi Ahmad Shahril pada aksi Pusingan 1 Kejuaraan Dunia JuniorGP 2023 apabila pelumba muda berbakat negara itu disahkan tidak mampu berlumba di Estoril, Portugal, minggu ini susulan kecederaan yang dihadapi.

Meletakkan harapan tinggi di saingan JrGP 2023, harapan Danial Syahmi musnah selepas dia mengalami kecederaan ketika beraksi di Pusingan 2 Red Bull Rookies Cup 2023 di Jerez, Sepanyol minggu lalu.

Danial Syahmi

Pelumba berusia 20 tahun itu mengalami kecederaan patah buku lali kiri ketika sesi kelayakan yang menyebabkannya tidak dapat meneruskan aksi di Jerez.

 
 
 

Other Post You May Be Interested In

 
 
 
 
 

 
 

 
 
 

 
 

A post shared by ZK Racing (@zkracingteam)

Mengulas tahap kecederaan yang dihadapinya, Danial Syahmi dalam satu rakaman video dikongsikan pasukan pengurusannya, ZK Racing memberitahu dia sudah menjalani ujian susulan di Barcelona, Sepanyol sekaligus mengesahkan terlepas aksi di Estoril.

Menurut Danial, selepas menjalani beberapa ujian imbasan di sebuah hospital di Barcelona, pihaknya diberitahu yang tulangnya yang patah masih di kedudukan asal dan kecederaan yang dihadapi di buku lali tidak begitu menyakitkan. 

“Ketika ini, pasukan saya, pengurus Zulfahmi Khairuddin sedang berusaha mendapatkan perubatan yang terbaik untuk saya. Jadi, saya mengharapkan semua rakyat Malaysia mendoakan saya. Saya akan cuba untuk kembali ke litar secepat yang mungkin.”

Kepada yang tak tahu, Danial Syahmi pernah berdepan kecederaan ngeri ketika beraksi di kejuaraan Asia Talent Cup pada tahun 2018. Tahun lalu, dia melengkapkan kejuaraan kedudukan ke-17 keseluruhan dalam JuniorGP dan tempat ke-14 pada Red Bull Rookies.

Hakim Danish (dua kiri)

Tanpa kelibat Danial Syahmi, hanya seorang pelumba negara beraksi di Portugal, minggu ini iaitu Hakim Danish Ramli yang dijadual beraksi di Pusingan 1 ETC (European Talent Cup) 2023.

Source: Danial Syahmi terlepas Pusingan 1 JrGP (2023), bakal jalani pembedahan akibat kecederaan!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *