Cukai jalan turun harga? Usah berharap, k’jaan kutip hampir RM 3 bilion setahun

Pasti ramai rakyat Malaysia yang ingin cukai jalan diturunkan, namun ia dianggap akan memberi kesan negatif kepada hasil negara memandangkan kutipan cukai jalan sahaja menyumbang hampir RM 3 bilion setahun.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata belum ada sebarang keputusan dibuat untuk penurunan harga cukai jalan. Bagaimanapun, penstrukturan semula harganya akan dikaji semula dan dipertimbangkan.

Menurut beliau, satu kajian menyeluruh untuk melihat struktur cukai jalan memang perlu dilaksanakan. Namun, perlu difahami yang kutipan cukai jalan merupakan satu hasil besar kepada kerajaan.

Memandangkan negara berdepan kekurangan hasil, sebarang keputusan untuk menurunkan cukai jalan memang akan memberi impak negatif, jelasnya lagi di Dewan Rakyat semalam.

Juga baca: Mencetak kad lesen memandu, JPJ selama ini rugi RM14 juta. Nasib baik dah ubah ke sistem digital?

Juga baca: Kualiti jalan di Sabah ‘jahanam’, pengguna sampai gesa kementerian agar gugurkan cukai jalan

Di samping itu, satu kajian menyeluruh akan dilaksanakan bagi cukai jalan kenderaan elektrik (EV) supaya struktur harganya selari dengan hasrat kerajaan untuk mempromosikan penggunaan EV di Malaysia. Kadar cukai kompetitif, kemudahan stesen pengecas dan fasiliti perlu insentif bagi menggalakkan orang ramai membeli EV, ulasnya lagi.

Juga baca: Pelaburan RM 14.7 bilion diluluskan untuk ekosistem EV di Malaysia – Tengku Zafrul

Buat masa ini, EV di Malaysia dikecualikan daripada cukai jalan bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2025. Pengecualian juga diberi untuk duti eksais dan import bagi kenderaan elektrik berbateri (EV) import (CBU), sah sehingga 31 Disember 2024.

Source: Cukai jalan turun harga? Usah berharap, k’jaan kutip hampir RM 3 bilion setahun

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *