Cub Prix 2023: Jetron Yamaha YYPang Racing dilancar, penaja baharu, semangat lagi membara!

Salah satu ‘nama’ paling veteran dan mungkin dikenali dalam kancah perlumbaan Cub Prix Malaysia tampil dengan wajah serba bahru, musim ini dikenali sebagai pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing.

Tiba dengan nama dan semangat baharu, pelancaran pasukan itu berlangsung, hari ini, sehari sebelum pusingan 1 perlumbaan Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix 2023 membuka tirai secara rasmi, esok.

Tidak lagi ‘bersendirian’, YYPang pada musim ini akan bergandingan dengan Hi Jet Marketing (M) Sdn Bhd yang juga pengedar minyak pelincir berjenama Jetron. Kontrak bersama Jetron itu berlangsung selama dua tahun.

Ketika ditemui pada majlis berkenaan, ‘Otai’ Cub Prix yang juga Prinsipal pasukan Jetron Yamaha YYPang, Pang Yok You berkata pihaknya yakin kolaborasi bersama Jetron berupaya memacu pasukan itu mencapai banyak kejayaan.

YY Pang (dua kiri)

Lebih dikenali sebagai ‘Sifu’, YY Pang berkata pasukannya menyasarkan untuk merampas kembali gelaran CP125 yang dimenangi pada musim 2021 lalu selain menempatkan diri dalam tiga kedudukan terbaik kelas CP150.

Other Post You May Be Interested In

Mengulas kerjasama dengan Jetron yang sudah berada di pasaran lebih 20 tahun, YY Pang berkata berkata kualiti yang dimiliki syarikat itu setanding dengan jenama antarabangsa lain.

“Dengan kerjasaa ini, kami harap lebih ramai rakyat Malaysia mahupun penyokong-penyokong dari negara-negara Asia Tenggara akan mengenali Jetron yang juga produk buatan Malaysia,” katanya.

Pada musim ini, pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing akan beraksi dalam dua kategori utama di Cub Prix iaitu kelas perdana CP150 dan CP125.

Sedikit mengecewakan buat peminat pasukan itu, pelumba yang boleh dianggap sebagai ‘duta’, Mohd Adib Rosley tidak lagi beraksi bersama pasukan itu musim ini.

Senarai pelumba pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing dalam kelas CP150 musim ini adalah seperti berikut:

  • Tengku Amirul Haffiruddin
  • Muhammad Sharul Ezwan (Juan)
  • Muhammad Idil Fitri 
Penyelaras Pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing, Gary Pang

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Hi Jet Marketing, Goh Bee Thong, Ketua Pemasaran Hong Leong Yamaha Motor, Lee Chan Wee, Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn. Bhd, Ron Hogg dan Penyelaras Pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing, Gary Pang.

Source: Cub Prix 2023: Jetron Yamaha YYPang Racing dilancar, penaja baharu, semangat lagi membara!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *