Chery Omoda 5 umum harga bermula bawah RM100k di Indonesia, petanda awal untuk Malaysia juga?

Pada Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2023 yang sedang berlangsung, Chery mengumumkan harga pra-tempahan bagi Chery Omoda 5, produk global pertama syarikat itu. Hanya satu pilihan enjin diumumkan dalam dua varian iaitu:

  • Chery Omoda 5 Z – IDR 328 juta (~RM 96k)
  • Chery Omoda 5 RZ – IDR 398 juta (~RM 116k)

Harga tersebut jauh lebih rendah daripada Honda HR-V asas yang bermula dari IDR 375.9 juta (~RM 110k) namun harga awal Omoda 5 masih belum dimuktamadkan.

Spesifikasi enjin tunggal yang ditawarkan untuk Chery Omoda 5 pasaran Indonesia ialah enjin 4-silinder 1.5 liter turbocaj yang menghasilkan 147 PS dan 230 Nm, dipasangkan dengan transmisi automatik CVT dengan 9 gear maya. Perlu diingatkan  bahawa output kuasa kuda yang disebut dalam siaran akhbar Indonesia kurang daripada model pasaran China (156 PS).

Other Post You May Be Interested In

Prebiu Omoda 5 pasaran Malaysia

SUV crossover ini menggabungkan reka bentuk futuristik urban yang berdasarkan falsafah “Art in Motion” bersama-sama dengan ciri-ciri berteknologi tinggi.

Ciri-ciri standard pada model Chery Omoda 5 pasaran Indonesia termasuk lampu depan dan belakang LED, rim 18-inci serta panel dwi instrumen dan paparan infotainment 10.25-inci.

Prebiu Omoda 5 pasaran Malaysia

Varian RZ yang lebih tinggi menambah beberapa ciri menarik termasuk sistem audio Sony 8-speaker, cermin sisi dengan fungsi pemanasan, cermin kaca akustik, pembantu suara pintar, dan lampu signal LED berturutan.

Seperti mana-mana SUV moden, Chery Omoda 5 dilengkapi dengan suite ADAS sebagai standard pada kedua-dua varian yang terdiri daripada kawalan pelayaran adaptif (ACC), bantuan pelayaran bersepadu (ICA), dan Lane Keep Assist.

Baca: Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia – lebih “stylo” dan berkuasa daripada X50 / HR-V!

Prebiu Omoda 5 pasaran Malaysia

5 warna juga ditawarkan untuk Omoda 5 di Indonesia iaitu Grey Morganite, Black Platinum, Blue Turquoise, White Howlite, dan satu lagi warna 2-tona yang tidak disebutkan.

Walaupun ini adalah harga awal untuk Omoda 5, SUV itu masih belum dilancarkan di Indonesia. Mungkin pencabar Honda HR-V futuristik itu boleh dilancarkan di Malaysia sebelum Indonesia dengan Chery menjangkakan akan melakukan kebangkitan semula jenama di sini sekitar separuh kedua 2023.

Baca: Malaysia akan menjadi negara pertama melancarkan Chery Omoda 5 pandu kanan CKD pada pertengahan 2023!

Source: Chery Omoda 5 umum harga bermula bawah RM100k di Indonesia, petanda awal untuk Malaysia juga?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *