CFMoto 250CL-X dah mula dijual di Malaysia, harga diiklan sekitar RM 16k!

Sebelum ini, kami pernah melaporkan CFMoto bakal menambah penawaran di pasaran tempatan menerusi CFMoto 250CL-X (2023). Tak menunggu masa lama dan tanpa sebarang ‘angin’, motosikal bergaya ‘Naked’ retro itu nampaknya sudah dijual.

Sekalipun tiada maklumat rasmi diperoleh daripada syarikat induk yang menguruskan pengedaran rasminya, perkembangan itu dikongsikan oleh cawangan pengedar yang menjual motosikal jenama itu di laman sosial mereka.

Dan menariknya, motosikal itu sudah pun berada di pasaran tempatan dan boleh ‘diangkat’ dan memiliki tanda harga iaitu RM 16,888. 

Juga baca: CFMoto 700CL-X Heritage 2022 dah dijual di Malaysia, unit terhad?

Mengulas rekaan CFMoto 250CL-X, seperti namanya, ia sememangnya mirip model ‘abangnya’ CFMoto 700CL-X yang cukup laris di pasaran tempatan.

Di bahagian trenkuasa, motosikal ini dijana enjin bersesaran 250 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api bersama transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap ‘Assist & slipper’.

Kuasa yang dihamburkan adalah pada angka 27.6 Hp dan tork 22 Nm. 

Antara ciri-ciri menarik CFMoto 250CL-X adalah seperti memiliki dua mod tunggangan, panel meter digital LCD, sistem lampu LED penuh, fork jenis USD, brek cakera depan dan belakang serta lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Juga baca: ‘Sportbike’ CFMoto 250SR peroleh seragam Edisi Lumba baharu, lagi ‘segak’!

Seperti dimaklumkan sebelum ini, hak pengedaran rasmi CFMoto di negara ini akan berubah.

Menurut informasi yang diperoleh, pihak MForce Bike Holdings sedang menunggu masa untuk membuat pengumuman rasmi. Sama-sama kita nantikan.

Sumber imej: FB TR Motorworld Branch Cheras

Source: CFMoto 250CL-X dah mula dijual di Malaysia, harga diiklan sekitar RM 16k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *