CarTell Track Attack Vol 2 oleh Carlist kembali pada Mei, banyak aktiviti menarik di Sepang!

Setelah pusingan pertama CarTell Track Attack Carlist berjalan dengan jayanya pada September 2022 yang lalu, pusingan kedua pula dirancang akan berlangsung pada 27 Mei 2023 bermula dari jam 4 petang sehingga lewat malam.

Bagi pusingan kali ini, CarTell berganding bahu dengan Velocity Motor Show untuk menganjurkan festival kereta besar-besaran yang bakal berlangsung di North Paddock Litar Antarabangsa Sepang. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan di acara ini kelak termasuklah ‘track day’, pameran kereta diubahsuai, pertandingan audio kereta, pameran gaya hidup, dan juga pertunjukan muzik.

CarTell Speedfest akan berlangsung dari 10 pagi sehingga 12 tengah malam.

Sama seperti CarTell Track Attack tahun lalu, para pengunjung boleh menjangkakan persembahan mengagumkan terdiri daripada ‘sports car’ berprestasi tinggi dan juga ‘super cars’.

Menarik, kan? Tunggu sebentar, kerana maklumat pendaftaran bagi acara ini akan diumumkan pada Mac nanti. Ikut kami rapat-rapat untuk info seterusnya!

Source: CarTell Track Attack Vol 2 oleh Carlist kembali pada Mei, banyak aktiviti menarik di Sepang!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *