Bos Ducati, Claudio Domenicali terus terajui Motor Valley Development!

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali diberi kepercayaan untuk terus menerajui persatuan ‘gergasi’ Motor Valley Development sebagai Presiden bagi penggal ketiga.

Claudio Domenicali

Pengesahan itu diumumkan selepas mesyuarat pemegang taruh Motor Valley Development di Itali, baru-baru ini.

Sebagai info, Motor Valley Development adalah persatuan yang menghimpunkan semua jenama dua dan empat roda di kawasan wilayah Emilia-Romagna, Itali antaranya Ducati, Ferrari, Lamborghini, Maserati dan Pagani.

Kepada yang tidak tahu, Motor Valley adalah kawasan perindustrian unik di dunia. Ia memiliki 16,500 syarikat dan lebih 90,000 pekerja dengan perlolehan tahunan berjumlah 16 bilion euro (RM 74.4 bilion) manakala eksport bernilai 7 bilion euro (RM 32.5 bilion).

“Saya percaya meningkatkan keunikan wilayah ini adalah kewajipan bagi mereka yang sama seperti kami, yang juga sebahagian daripadanya,” kata Domenicali. “Ia adalah satu penghormatan untuk dapat meneruskan peranan ini dalam tempoh dua tahun akan datang.

Muzium Ducati

“Adalah satu penghormatan untuk saya dapat meneruskan peranan ini dalam tempoh dua tahun akan datang dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kongsi dan institusi atas kepercayaan mereka.

Misano World Circuit Marco Simoncelli. Sumber imej: Di Toni Pecoraro, Wikipedia

“Wilayah perindustrian, pelancongan dan budaya Motor Valley Emilia-Romagna patut disokong dan dipromosikan oleh semua komponennya, terus memberi nilai kepada universiti berprestij, budaya, sejarah dan seni serta kepakaran permotoran serta teknologi yang tiada tandingannya.”

Motor Valley Fest. Sumber imej: Wikipedia

Realitinya, selain menjadi ibu pejabat kepada syarikat-syarikat automotif terkemuka, Motor Valley turut menjadi aset pelancongan strategik di wilayah Emilia-Romagna berikutan keunikannya.

Muzium Ducati. Sumber imej: Wikipedia

Di wilayah itu saja, ada 13 muzium aotomotif bersejarah antaranya Enzo Ferrari Museum di Modena, Ferrari Museum di Maranello, Automobili Lamborghini Museum, Ferruccio Lamborghini Museum dan Ducati Museum di Borgo Panigale serta Horacio Pagani Museum.

Muzium Ducati

Selain itu, ia turut menempatkan 18 muzium peribadi yang mempunyai koleksi unik selain empat litar bertaraf antarabangsa iaitu Litar Varano de’ Melegari, Litar Modena, Litar ‘Autodromo Enzo e Dino Ferrari’ di Imola dan Misano World Circuit Marco Simoncelli.

Source: Bos Ducati, Claudio Domenicali terus terajui Motor Valley Development!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *