USA jobs

Boleh bayar tol guna kad debit, kredit di DUKE dan 5 lagi lebuh raya bermula September 2023

Lebih banyak lebuh raya menyertai sistem pembayaran tol terbuka, dengan penyertaan terbaru dari Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) baru-baru ini – menjadikan senarai lebuh raya yang akan menerima bayaran tol menggunakan kad debit dan kredit selain Touch n’ Go (TnG) disertai oleh 12 lebuh raya secara keseluruhannya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, 6 daripada 12 lebuh raya ini telah bersetuju untuk melaksanakan sistem pembayaran tol terbuka yang akan bermula pada September 2023.

Ini membabitkan DUKE, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Terowong SMART, dan Maju Expressway (MEX).

Sistem pembayaran tol terbuka juga akan dilaksanakan di Lebuh Raya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Koridor Guthrie, Jambatan Pulau Pinang, dan Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) secara berperingkat.

Other Post You May Be Interested In

Menurut Alexander, setakat ini, inilah syarikat konsesi lebuh raya yang telah bersetuju untuk melaksanakan sistem pembayaran terbuka dan rundingan masih berjalan dengan konsesi lain. Beliau berharap lebih banyak yang akan tampil untuk menyertai sistem ini, lapor The Star.

Difahamkan, rundingan bersama pihak konsesi lebuh raya mengambil tempoh masa lama kerana perlu ada kajian risiko keselamatan yang akan ditanggung oleh pengguna kad debit atau kredit untuk pembayaran tol. Oleh itu, pelaksanaannya tidak boleh dibuat tergesa-gesa.

Juga baca: Touch N Go akan terus beroperasi, sistem pembayaran tol terbuka bukan hukuman

Inisiatif kerajaan untuk memberi pilihan kaedah pembayaran tol selain TnG kepada pengguna lebuh raya diumumkan pada Mac lalu, susulan isu monopoli TnG yang diutarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Source: Boleh bayar tol guna kad debit, kredit di DUKE dan 5 lagi lebuh raya bermula September 2023

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *