BMW K1600 GT, K1600 GTL (2023) kini di Malaysia, mewah berprestasi, harga mula RM 174.5k!

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan dua penawaran baharunya dalam segmen ‘Jelajah’ ke pasaran tempatan iaitu BMW K1600 GT dan BMW K1600 GTL (2023) yang tiba bersama harga ‘mengagumkan’ bermula RM 174,500 (asas).

Seperti diketahui, kedua-dua varian terbaharu BMW K1600 ini tampil dengan reka bentuk ‘gagah’, mewah dan dipacu teknologi tinggi yang menjadi idaman kepada penggemar jentera aras tinggi dalam segmen berkenaan.

Juga baca: BMW Motorrad tayang ‘teaser’ model baharu, adakah BMW R 1300 GS!

Harga kedua-dua varian BMW K1600 ini adalah seperti berikut:

  • BMW K1600 GT (2023) – RM 174,500 
  • BMW K1600 GTL (2023) – RM 183,500 

BMW K1600 GT (2023) didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu:

  • Black Storm Metallic 
  • Style Sport

BMW K1600 GTL (2023) juga datang dengan dua pilihan warna iaitu:

  • Black Storm Metallic
  • Gravity Blue Metallic (Style Exclusive)

Kepada yang mahukan lebih kelainan, turut tersedia adalah pilihan warna Option 719 Meteoric Dust edisi khas untuk kedua-dua varian BMW K1600 GT dan BMW K1600 GTL (2023).

Sebagai model aras tinggi terbaharu jenama Jerman itu, BMW K1600 GT dan BMW K1600 GTL (2023) datang dengan pelbagai kemas kini menarik dan paling mengujakan, memberikan pengalaman tunggangan mewah dan mementingkan keselesaan kepada pemiliknya.

Antara yang menjadi kekuatan BMW K1600 adalah ia dipadankan dengan enjin bersesaran 1,649 cc, 6 Silinder Sebaris, 4 Lejang, Penyejuk Minyak/Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan.

Kuasa yang dihamburkan adalah 160 Hp pada 6,750 rpm dan tork 180 Nm pada 5,250 rpm yang menjana kuasa tujahan yang mengagumkan. Menurut BMW Motorrad, motosikal ini mampu mencapai kelajuan maksimum 200 km/j.

Dan menariknya, Sistem Bantuan Mengundur turut didatangkan secara standard bagi kedua-dua varian.

Juga baca: BMW Motorrad cipta rekod jualan pada 2022, BMW R 1250 GS paling laris!

Memiliki tiga mod tunggangan (Rain, Road dan Dynamic), teknologi canggih lain yang dipadankan termasuklah BMW Motorrad Integral ABS Pro, Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC), Kawalan Brek Enjin (MSR), Kawalan Jelajah, Hill Start Control Pro dan Dynamic ESA Next Generation yang menjamin pengendalian serta dinamik tunggangan yang optimum. 

Sistem supensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) depan dan penyerap hentak tunggal (belakang) lengkap dengan ciri pelarasan penuh.

Panel meter menggunakan skrin TFT berwarna 10.25 inci yang diintegrasikan yang lengkap dengan khidmat keterhubungan dan sistem navigasi bersepadu melalui aplikasi BMW Motorrad Connected. Fungsi Bluetooth juga disediakan untuk telefon, pemain muzik dan fungsi WiFi untuk navigasi.

Turut ditawarkan secara standard adalah ciri pemanas di bahagian pelana, terotel dan brek serta tuil brek tangan dan klac boleh laras, Kawalan Tekanan Tayar (TPMS) dan port pengecas USB. Meningkatkan lagi praktikaliti, turut didatangkan termasuklah kelengkapan ‘panier’ dan ‘top box’ untuk varian GTL.

Eksklusif juga untuk BMW K1600 GTL baharu ialah Audio System 2.0 yang lengkap dengan fungsi-fungsi radio, profil bunyi pengimbang, dan pembesar suara hadapan yang diintegrasikan pada ‘fairing’.

Kelengkapan pilihan sebelum ini turut dijadikan standard bagi kedua-dua varian termasuk Sistem Tanpa Kunci, sistem pengunci sentral, Gear Shift Assist Pro dan penggera antikecurian.

Ciri-ciri menarik lain termasuklah penggunaan sistem lampu LED penuh (dikemaskini) yang merangkumi Lampu Membelok Adaptif, Lampu Siang (DRL), Lampu Tambahan LED, Pencahayaan Aras Dasar dan lampu kabus tambahan.

Selain itu, khidmat pembiayaan turut disediakan BMW Group Financial Services Malaysia di mana pemilikan BMW K1600 GT dan BMW K 1600 GTL (2023) masing-masing bermula daripada RM 2,128 dan RM 2,238 sebulan (berdasarkan anggaran pembiayaan Balloon Financing sebanyak 80 peratus bagi tempoh 4 tahun). 

Juga baca: BMW Motorrad lancar skuter elektrik CE04, rekaan futuristik, kuasa 42 Hp!

Pemilik juga boleh menikmati aneka faedah tambahan menerusi program yang mencakupi Inklusif Minyak Enjin Premium Peneraju Industri, Inklusif Servis dan Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia. 

Setiap pembelian turut datang dengan jaminan 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia.

Kepada yang berminat dan untuk maklumat lanjut mengenai BMW K1600 GT dan BMW K1600 GTL (2023), anda boleh mengunjungi wakil pengedar BMW Motorrad seluruh Malaysia atau layari laman sesawang www.bmw motorrad.com.my.

Source: BMW K1600 GT, K1600 GTL (2023) kini di Malaysia, mewah berprestasi, harga mula RM 174.5k!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *