BMW i4 M50 2023 dipertonton di Malaysia – M EV pertama BMW, 544 PS/795 Nm, jarak pandu 510 km

BMW Malaysia dalam acara Malaysia Autoshow 2023 turut memperlihatkan kereta elektrik M pertama BMW iaitu BMW i4 M50. Bagi anda yang belum tahu, model ini sudahpun dilancarkan di Malaysia pada Mei tahun lepas.

Secara amnya, BMW i4 M50 diimport (CBU) dari Jerman dan ia ditawarkan pada harga RM 430,800.

Dari segi teknikal, coupe EV berpintu empat ini menggunakan dua motor elektrik eDrive BMW yang menghasilkan output sebanyak 544 PS dan 795 Nm tork dalam mod Sport Boost. Pecutan 0 – 100 km/j hanya mengambil masa 3.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan pada 225 km/j.

Other Post You May Be Interested In

Sebagai sebuah kereta elektrik, jarak pandu BMW i4 M50 boleh pergi sejauh 510 km (kitaran WLTP). Mod AC 11 kW yang disokongnya mengambil masa 8 jam 15 minit untuk satu pengecasan penuh. Pengecasan pantas DC pula menyokong sehingga 200 kW dan mengecas dari 10 – 80% hanya mengambil masa 31 minit.

Juga bacaTempahan BMW i4 eDrive40 untuk Malaysia dibuka – RM 390k, 340 PS/430 Nm, jarak pandu 590 km

Source: BMW i4 M50 2023 dipertonton di Malaysia – M EV pertama BMW, 544 PS/795 Nm, jarak pandu 510 km

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *