USA jobs

Bidaan nombor plat ‘ANA’ dibuka , bida di laman JPJ e-bid dari 20-24 Mei 2023

Jika ada satu perkara yang mampu menarik perhatian ramai di jalan raya selain jenama atau kemewahan kereta ialah nombor pendaftaran/nombor plat kenderaan yang cantik dibaca atau dilihat. Setelah kejayaan beberapa siri nombor pendaftaran seperti FF, AKU, SYG, dan sebagainya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak kini mengumumkan bidaan untuk siri ANA pula dan ia dijangka mampu mencapai bidaan tinggi.

Semalam, JPJ Negeri Perak mengumumkan yang bidaan untuk nombor pendaftaran siri ANA bakal dibuka tidak lama lagi, iaitu bermula 20 Mei (Sabtu) sehingga 24 Mei 2023 (Rabu) di laman sesawang JPJ e-bid.

Tinjauan di media sosial menunjukkan orang ramai cukup berminat dengan siri terbaru ini dan mencadangkan beberapa gabungan menarik untuknya seperti ANA 805 atau ANA 8055 (ANA BOS / ANA BOSS), ANA 5 (ANAS), ANA 2 (ANAZ), atau lebih menarik ANA 1 (ANAI) atau ANA 12 (ANAI-ANAI).

Other Post You May Be Interested In

Jika dilihat pada keputusan siri nombor pendaftaran terdahulu, beberapa siri menarik seperti nombor plat DEL berjaya mengutip hasil bidaan RM 2.04 juta oleh JPJ Negeri Kelantan. siri AMY yang dikeluarkan oleh JPJ Negeri Perak pula mengutip hasil mencecah RM 6 juta, dengan nilai bidaan tertinggi RM400,000 untuk ‘AMY 1’.

Bagaimana pula dengan bidaan siri ANA? Nantikan keputusannya selepas 25 Mei 2023.

Juga baca: “Ramai rupanya peminat nombor plat DEL” – kutip RM 2.04 juta hasil bidaan!

Nombor plat “AMY 1” catat bidaan RM 400k, kutipan keseluruhan siri cecah RM 6 juta!

Source: Bidaan nombor plat ‘ANA’ dibuka , bida di laman JPJ e-bid dari 20-24 Mei 2023

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *