Biar betul, kenapa Mercedes C-Class W205 terpakai mampu kekal harga dengan BMW 5 Series terpakai?

Mercedes-Benz C-Class generasi W205 pertama kali dilancarkan di Malaysia pada September 2014, dengan model facelift ditawarkan pada tahun 2018. Model generasi baharu W206 telah menyusul pada tahun 2022.

Ketika C-Class W205 masih lagi dalam pasaran, pesaingnya seperti BMW 3 Series, Audi A4, dan Volvo S60 telah beralih kepada model platform generasi baharu.

Mercedes-Benz C300

Walaupun kedengaran seperti suatu kekurangan kerana lambat dikemaskini, lain ceritanya dengan Mercedes-Benz C-Class generasi W205 terpakai. Hal ini kerana tinjauan mendapati bahawa harga C-Class terpakai boleh jadi sama harga dengan BMW 5 Series yang satu tahap atas.

Harga ketika baharu adalah sekitar RM 259,888 hingga RM 304,888 untuk varian tempatan pemasangan tempatan (Pekan, Pahang) masing-masing untuk C200 dan C300 sedan. Sebagai konteks, Mercedes-Benz C-Class W205 terpakai tahun 2018 masih mengekalkan harga di atas RM 200k!

Mercedes-Benz C-Class mengatasi BMW 3 Series melalui kelengkapan dalamannya. Panel infotainment dan instrumen digital Audio 20 menjadikan C-Class kelihatan jauh lebih muda tetapi lebih penting lagi, ia berfungsi tanpa perlu bayaran langganan dan sebagainya.

Kami juga menggemari bahan kabin dalaman C-Class – terutamanya pada dalaman C300 AMG. Tanpa mengira usia, ia masih terasa lebih premium walaupun dibandingkan dengan BMW yang lebih baru.

Mercedes-Benz C200

Untuk lebih maklumat lanjut, apa kata Adrian terangkan kepada anda mengenai kenapa harga Mercedes-Benz C-Class W205 terpakai masih mantap!

@wapcar_adrian Mercedes C-Class lagi mahal dari BMW 5 Series, apa jadi ? #ReviewKereta #WapCar ♬ In Love With You – BLVKSHP

Jangan lepaskan peluang memiliki Mercedes-Benz C-Class di portal kereta terpakai Carsome yang menjanjikan ketenangan fikiran.

Baca: 5 mitos tentang kereta Jerman lwn. kereta Jepun/Korea

Source: Biar betul, kenapa Mercedes C-Class W205 terpakai mampu kekal harga dengan BMW 5 Series terpakai?

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *