Berhari raya dengan trak pikap baharu, Ford Malaysia tawar servis 2 tahun percuma untuk model terpilih!

Dalam meraikan Hari Raya tahun ini dan sempena ulang tahunnya yang ke-15, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia, kini menawarkan pakej servis percuma selama 2 tahun kepada pelanggan baharu Ford Ranger XL Double Cab (varian Automatik dan Manual) dan XLT generasi baharu.

Kempen Raya in berlangsung dari 1 April hingga 31 Mei 2023 dan tersedia untuk jumlah unit terhad sahaja bagi kedua-dua model, serta untuk mereka yang membeli paling awal.

“Kami sentiasa mencari cara paling bermakna untuk memperkayakan pengalaman pemilikan Ford. Kempen promosi servis dua tahun ini bertujuan untuk menawarkan lebih nilai tambahan kepada pelanggan Ranger XL Double Cab dan XLT generasi baharu dalam kehidupan seharian mereka.

“Kepada semua pelanggan setia Ford yang mana jaminan mereka telah luput, kami turut menyediakan tawaran promosi lepas jualan, yang sedang berlangsung kini hingga 31 Mei, yang memberikan diskaun 10% untuk alat ganti terpilih,” ujar Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair.

“Kami juga berbangga untuk meraikan ulang tahun ke-15 SDAC sebagai pengedar tunggal Ford di Malaysia. Ford adalah syarikat keluarga; untuk itu, kami di SDAC turut komited untuk memastikan pelanggan kami berasa seperti sebuah keluarga juga.

“Kami ucapkan selamat balik kampung dan pandu cermat kepada semua pelanggan Muslim menjelang Hari Raya ini. Kepada semua yang akan melakukan perjalanan jauh ketika musim cuti ini pula, pandu cermat di jalan raya. Pastikan
kenderaan Ford anda telah diservis dan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan,” tambahnya.

Sempena Hari Raya, SDAC-Ford bekerjasama dengan “Chubb-e” atau Muhammad Sharul Ashlyn Ag Ashrul Affandy, seorang artis digital berusia 23 tahun yang merupakan penyanyi dan komposer untuk mencipta lagu dan video Raya bertemakan Ford Ranger. Dengarkan lagu tersebut melalui platform sosial Ford Malaysia.

Dibina bukan sekadar jentera kerja

Ranger XL Double Cab (AT dan MT) serta Ranger XLT generasi baharu dikuasakan oleh enjin Ford 2.0 liter Single Turbo diesel yang menghasilkan kuasa maksimum 170 PS dan tork maksimum 405 Nm.

Model trak pikap yang digilai ramai ini muncul dengan keluaran serba baru melalui 6 varian seperti berikut:

  • Ranger XL (MT)
  • Ranger XL (AT)
  • Ranger XLT (MT)
  • Ranger XLT (AT)
  • Ranger XLT Plus (AT)
  • Ranger Wiltrak (AT)

Menampilkan rekaan gril baharu dan lampu utama bentuk C di depan, kedua-dua model ini turut menerima manfaat daripada pertambahan 50 mm jarak antara roda dan jejaknya, serta teknologi bersepadu tahap tinggi yang boleh menandingi penawaran untuk model Ranger lainnya yang lebih mahal, termasuklah ciri yang pertama dalam kelasnya, iaitu skrin sentuh 10.1-inci serta Ford SYNC® 4A dan panel instrumen digital lapan-inci dengan tetapan boleh ubah.

Ranger XLT generasi baharu dijual pada harga RM129,888 di Semenanjung dan RM135,388 untuk Sabah dan Sarawak.

Ranger XL Double Cab Manual pula dijual pada harga RM108,888 di Semenanjung Malaysia dan RM114,888 untuk Sabah dan Sarawak. Sementara itu, varian automatiknya dijual pada harga RM113,888 di Semenanjung dan RM119,588 untuk Sabah dan Sarawak.

Semua pelanggan Ranger generasi baharu secara automatiknya akan menjadi sebahagian daripada Ford Inner Circle di Malaysia — sebuah komuniti yang menghimpunkan individu dengan minat yang sama, yang gemar mengunjur sempadan dan meneroka ufuk baharu, menyumbang kepada masyarakat atau beraktiviti bersama Ford Ranger Getaways dengan rakan dan keluarga.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran servis percuma selama dua tahun bagi Ranger XL DoubleCab dan Ranger XLT generasi baharu, atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang mana-mana model Ford Ranger, WhatsApp Chat dengan Pakar Ford Ranger kami.

Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi baharu, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di laman Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube atau layari www.sdacford.com.my.

Source: Berhari raya dengan trak pikap baharu, Ford Malaysia tawar servis 2 tahun percuma untuk model terpilih!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *