Beam Mobility titik berat faktor keselamatan, pasang teknologi canggih dalam setiap E-Skuter!

Pelancaran meluas kenderaan mikromobiliti di bandar-bandar di seluruh Malaysia memerlukan perbincangan dan persediaan yang mendalam antara pihak berkuasa dan pengendali perkhidmatan. Pengenalan kaedah baru untuk bergerak mempunyai potensi untuk merekabentuk semula bukan hanya mobiliti tetapi juga trafik bandar. Selain itu, topik yang paling penting dalam pelaksanaan perkhidmatan mikromobiliti adalah keselamatan pengguna dan warganegara.

Beam Mobility, pengendali perkhidmatan mikromobiliti utama Malaysia, telah beroperasi di Malaysia sejak 2019 dan kini hadir di enam bandar termasuk Kuala Lumpur, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Kuantan, dan Langkawi. Perkhidmatannya terus menarik minat dari negeri-negeri lain di seluruh negara, tetapi perbincangan yang lebih teliti perlu dijalankan untuk memastikan keselamatan pengguna, pejalan kaki, pemandu kenderaan, dan semua warganegara terjamin.

“Keselamatan pengguna kami dan semua orang di sekitarnya adalah keutamaan utama kami di Beam. Sebelum melepaskan kenderaan kami ke jalan raya untuk digunakan oleh rakyat Malaysia, kami menjalankan ujian yang ketat untuk memastikan kenderaan tersebut selamat untuk digunakan secara meluas setiap hari.

“Kami menjalin perbincangan secara berkala dengan pihak berkuasa untuk menegakkan dan meningkatkan keselamatan melalui mikromobiliti sambil memberikan pengalaman e-skuter terbaik kepada semua,” kata Justin Tiew, Pengurus Besar Beam Mobility Malaysia.

Sehingga kini, Beam melengkapi e-skuter mereka dengan perangkat keras teknologi inovatif terkini untuk menjamin piawaian keselamatan yang tertinggi kepada para pengguna.

Sebagai contoh, semua e-skuter Beam di Malaysia dilengkapi dengan peranti Internet of Things (IoT) mengikut piawaian global terbaik dalam industri ini. Ini membolehkan Beam untuk mengesan lokasi tepat setiap e-skuter secara berterusan, memastikan sebarang penggunaan atau penempatan yang tidak sesuai dapat dikenal pasti dan diselesaikan dengan segera oleh pasukan operasi di lapangan Beam Rangers.

Ini berfungsi bersama-sama dengan ciri geofencing Beam, yang membolehkan pengendali mikromobiliti mengawal e-skuter mereka dari jauh, memastikan pengguna hanya melakukan perjalanan di kawasan yang dibenarkan. Sebagai contoh, jika pengguna memasuki kawasan larangan, e-skuter akan secara automatik mengeluarkan bunyi amaran kuat dan secara serta-merta melambatkan skuter hingga berhenti. Selain itu, e-skuter Beam mempunyai had kelajuan tetap 25km/j yang tidak dapat diubah oleh pengguna, walaupun ketika bergerak menuruni bukit.

Semua e-skuter Beam diperbuat daripada aluminium gred pesawat untuk memastikan kebolehdayaan, manakala bateri yang dipasang telah menjalani ujian yang ketat termasuk dalam keadaan kebakaran yang teruk dan telah mendapat sijil keselamatan antarabangsa yang tertinggi.

Selain itu, semua e-skuter Beam menjalani pemeriksaan dan penyelenggaraan secara berkala oleh pasukan operasi di lapangan untuk memastikan peranti berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Akhir sekali, semua e-skuter Beam di Malaysia sentiasa boleh dikenal pasti pada setiap masa kerana mempunyai plat pendaftaran kenderaan dan pengguna dikehendaki mendaftar akaun dengan menggunakan butiran peribadi dan pengesahan umur untuk mencegah penggunaan oleh warganegara di bawah umur.

Beam menggunakan teknologi terbaik dan paling inovatif untuk memastikan e-skuter mereka tidak hanya memberikan perjalanan yang lancar, tetapi juga perjalanan yang selamat. Sehingga kini, Beam terus bekerjasama dengan Agensi Pusat dan pihak berkuasa Malaysia untuk menjalankan operasi yang selamat dan terjamin.

“Di Beam, kami percaya bahawa operasi semua jenis kenderaan mikromobiliti dalam ruang yang teratur memberikan keyakinan dan keselamatan kepada semua pihak berkepentingan. Kami akan terus memastikan bahawa e-skuter kami di jalan-jalan Malaysia mempunyai kualiti tertinggi dan menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan kelancaran dan keselamatan di bandar-bandar Malaysia,” ujar Justin Tiew.

Baca: Beam Malaysia buka pusat pengedaran, baik pulih, penyelidikan perkakasan ‘Central Warehouse’!

Source: Beam Mobility titik berat faktor keselamatan, pasang teknologi canggih dalam setiap E-Skuter!

SHARE NOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *